Untukmu Adam Dan Hawa....

Renung- renungkanlah bait-bait puisi di bawah wahai sahabatku sekalian....


                                                          
                                                        
 

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
 
Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
 
Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati                                              




Hawa...


Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
 
Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
 
Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.







Adam..

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
 
Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
 
Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
 
Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
 
Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.



Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

                                    

 
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.
                                          

"Ikhlas Itu Indah!'

 Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah, berhabuk dah blog ni..malu lah  kat jiran tetangga...Huhu, dah berape minggu dah tak update blog ni. Nak kata sibuk, sibuk lah jugak hehe. Alhamdulillah, kali ni Allah kurniakan cetusan idea  untuk saya coretkan disini buat kali ni.

  Sungguh pantas waktu  berlalu. Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 11 dah ye. Masih saya ingat tatkala di saat nak melangkah naik ke bas Ekspres Transnasional  pada tanggal 8/11/2011 ayah berpesan kepadaku "Ingat, IKHLAS kan diri dalam menuntut ilmu ye kak..." Sungguh ringkas dan padat pesanan dari ayahanda ku. Bukan pada tanggal ni je beliau berpesan sebegitu kepadaku. Malah, setiap kali saya nak balik ke Usim, pasti butiran mutiara yang berharga keluar dari mulutnya buat anak perempuan sulungnya ini. 

                                                           
Kadang- kadang, saya pun selalu jugak tanya ayah " Abah, ade pape ke nak pesan ? Akak nak balik dah ni..." Ayahku pasti menjawab " Takde pape pun, just nak pesan IKHLASkanlah niat bila nak belajor tu..."

   Saya pun pelik, kenapalah ayah saya selalu pesan pasal ni je kat saya. Waduh2 kok rungsing bangat deh, hehe. Rupa-rupanya, ade seribu satu makna disebalik pesanan ayah saya ni.Kalau nak bicara soal ikhlas ni memang panjanglah hujahnya. Sampai esok pun tak abis.  Saya pasti, kawan-kawan semua dah selalu kan dengar hadis ni : Sabda Rasulullah SAW " Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

                         

   Hah,mendalam sungguh  maksud hadis ni kan. Ikhlas tu kita tak boleh  nilai dengan mata kasar. Ikhlas is subjective! Am I right friends?? Saya teringat satu kisah ni dimana disaat Syeikh Abdul Kadir Jailani menyampaikan ilmu kepada anak- anak muridnya, tiba- tiba air mata berjujuran di pipi mereka kerana mereka menerima ilmu yang beliau sampaikan dengan penuh iklhlas. Nah, betapa hebat penangan  ikhlas itu wahai sahabat- sahabatku sekalian! Ia hadir dari dalam hati yang tulus ikhlas dalam menerima sesuatu perkara. Tak boleh dipaksa-paksa. 

  Ibarat kita nak solatlah. Kalau dipaksa oleh ibu atau ayah untuk tunaikan solat, adakah ikhlas itu akan  lahir dari hati kita? Atau kita still buat ape yang parents kita suruh tetapi mesti dalam keadaan terpaksa. Subhanallah semoga kita dijauhkan daripada golongan tersebut. Firman Allah SWT  " "Sesunguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)." (QS. Az-Zumar: 2-3).  

     Jadi, kawan- kawan saya menyeru kepada diri saya dan kalian semua agar dapat mengikhlaskan diri di dalam melakukan sesuatu perkara. Ya, ia pasti sukar buat kita dalam memupuk ikhlas ni dalam diri masing-masing, tetapi belum cuba belum tahu kan?? That's normal. We are a human beings. Lets we try it together. Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT dan diredhaiNya...Amin ya robb....