You Are My Friend!

Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh..
  
 
 

    Insya Allah, pada entry kali ini saya nak kongsikan sedikit pengisian yang begitu sinonim dalam kehidupan kita yang bergelar hamba Allah. Hah,  mesti korang tertanya - tanya kan ? Cer teka, cer teka? Alamak, nilah akibat dek pengaruh filem hingga terpraktik dalam blog, maaf ye kawan-kawan.Hehe...Beberapa minggu yang lepas, terdapat pelbagai mehnah dan tribulasi yang menimpa diriku yang kerdil ini. Biasalah kan, ujian tu tak lari dari kita yang bergelar hamba Allah ni. Bak kata ustaz saya kat sekolah menengah dulu "ujian tu tarbiyah dari Allah, Dia nak uji setakat mana kesabaran kita dalam menghadapi ujian tersebut sekaligus memberi peluang kepada kita dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Setiap ujian setiap orang tu berbeza- beza. Ada orang ditimpa ujian dengan kematian orang yang disayangi. Ada juga orang yang ditimpa ujian perasaan. Ujian perasaan nilah yang amat mencabar sekali sebab menguji kesabaran kita. Tapi, hadapilah ujian tersebut dengan tabah, kerna disana mungkin tersingkap seribu satu hikmah yang ingin Allah SWT tunjukkan kepada kita. 
 



 
 
Kadangkala dalam kehidupan seharian kita ni, kita juga diuji dengan persahabatan bersama sahabat. Subhanallah, sungguh manis ujian tu walaupun awalnya begitu pahit kurasakan. Tatkala, kita terguris hati dengan sahabat karib kita, cubalah kita berlapang dada dengannya. Saya teringat tiga peringkat ukhwah yang saya perolehi melalui pengisian dalam usrah  di sekolah dulu iaitu pertama ialah اثار yang bermaksud mementingkan sahabat melebihi keperluan diri sendiri. Ithar ni juga merupakan  peringkat  ukhwah  yang paling tinggi Kedua ialah سلامة الصدر iaitu berlapang dada dengan sahabat. Dan peringkat  ukhwah yang terakhir ialah حسن الظن yang bermaksud bersangka baik. Ia juga merupakan peringkat ukhwah yang paling rendah sekali.

 Bercakap soal sahabat, teringat saya tentang kisah -kisah Rasulullah SAW dan sahabat- sahabatnya. Sungguh indah sekali sirah Rasulullah SAW  ini andai kita hayati betul-betul. Antara kisah yang saya pernah baca dulu ialah tatkala Rasulullah SAW sedang bersembunyi di gua Hira' bersama  Saidina Abu Bakar , tiba-tiba muncul seekor ular dari lubang di dalam gua tersebut. Demi menjaga keselamatan Rasulullah SAW Saidina Abu Bakar menekup lubang tersebut tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Subhanallah, sungguh kasih dan sayang Saidina Abu Bakar kepada Nabi SAW. Jika kita berada dalam situasi tersebut, adakah kita sanggup melakukan sedemikian? 
 
Selain itu, kisah yang yang amat memberi kesan dan menyentuh jiwa saya ialah tatkala Rasulullah telah wafat bangkitlah Saidina Umar Al- Khattab lalu memberi amaran kepada penduduk Mekah dengan berkata " sesiapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah wafat , akan ku pancung kepalanya!" Subhanallah, begitu mendalam sekali kasih dan sayang Sidina Umar kepada Rasulullah sehingga tak dapat menerima pemergian Nabi SAW. Jadi sahabat-sahabatku sekalin, ayuh kita sama-sama cuba hayati dan amati sirah dan kisah persahabatan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Baginda ini agar kita dapat jadikan panduan dalam melalui liku-liku kehidupan bersama sahabat- sahabat kita yang tersayang. Wallahu'alam...






Hati Oh Hati!

   Assalamualaikum wbt...
 
 
Alhamdulillah hari kita diberi kesempatan oleh Allah SWT  untuk menghirup udara segar dan masih mampu bernafas seperti biasa.Sungguh tidak terhingga nikmat yang Allah berikan kepada kita ni kan kawan-kawan?Sesungguhnya Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Hari ni saya nak kongsikan sesuatu buat sahabat semua. Dah lama rasanya saya tak menulis.Alhamdulillah dapat juga idea akhirnya setelah sekian lama berfikir huhu..  Kadangkala bila kita duduk bersendirian kita merasa resah dan gelisah. Kita memikirkan apa lah yang tak kena ni?Apa lah yang aku dah wat salah ni? Lama sungguh kita berfikir sampai tak ketemu jawapannya. Sesungguhnya amatlah sukar nak jaga hati ni kawan -kawan. 





  




 
 
Kat sekolah dulu ustaz saya selalu  pesan, hati ni ibarat sehelai kain putih. Suci dan bersih tanpa dikotori oleh sebarang kekotoran.Tapi bila mana hanya sedikit kotoran sahaja yang mengotori kain tu, kawasan  yang putih tadi tak kelihatan lagi dan kita pasti akan mengfokuskan kepada kotoran tersebut. Jika dilihat kain yang putih bersih tu boleh diibaratkan seperti seseorang yang cukup sempurna peribadinya. Perfect!Tapi bila satu kesalahan  yang dia lakukan , pasti manusia akan melihat kepada kesalahannya yang satu itu dan menghiraukan seribu  kebaikan yang dia lakukan. Nah, itulah hati. Amat sukar untuk dijaga sahabat. Jadi, ayuhlah kita sama -sama menjaga hati kita agar tidak mudah dikotori . Kita juga perlu protect hati kita dengan menyediakan bahan pencuci yang berkualiti seperti zikir dan doa kepada Allah Taala agar hati kita ini dilindungi daripada sebarang kekotoran.Firman Allah SWT " Sesungguhnya dengan meningati Allah itu hati kn menjadi Tenang"
 





 

"Jatuh Bangkit Semula"


                                                              Assalamua'laikum....



                                                                        
 Kadangkala dalam hidup ni, tidak semua yang kita inginkan kita akan kecapi dengan mudah. Kita perlu melalui pelbagai mehnah dan tribulasi dalam memperolehinya. Namun, yakinlah sahabat, Allah sentiasa bersama hamba-hamba yang sentiasa mengingatiNya...

 Tatkala kita ditimpa musibah, usah kau sedih dan resah, wahai sahabat. Adulah kepada Sang Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambanya.

Yakinlah dengan janji-janjiNya..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Masanya akan tiba suatu hari nanti. Andai tidak kau kecapi impianmu pada hari ini, hari esok pasti kan menjelma. Yakin,yakin, yakin dan teruskanlah berdoa..Dan harus diingatkan agar doa itu perlulah diiringi dengan tawakal..

Allah berfirman dalam Q.S.An-Nisa’ : 81 yang bermaksud:
Dan tawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi pelindung. (Q.S.An-Nisa’ : 81 ).

Wallahua'lam...

                                                                

Kisah Jilbab...



                                                            Assalamua'laikum wbt

                                             ♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥


                                                  
 
Ada seorang wanita yang terkenal taat beribadah. Ia sentiasa melaksanakan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya. Ia tak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum dan menjawab, “Insyaallah. Yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakannya maupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam…
Ia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. Rumputnya sangat hijau, pelbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan dapat merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya. Ia tidak sendiri. Ada beberapa wanita disitu yang juga menikmati keindahan taman. Ia pun menghampiri salah seorang wanita. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

“Assalamualaikum, saudariku..”
“Wa alaikumsalam.. Selamat datang, saudariku.”
“Terima kasih. Apakah ini syurga?”
Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga.” “Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini.”
Wanita itu tersenyum lagi. “Amalan apa yang dapat membuatmu kemari, saudariku?”
“Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah.”
“Alhamdulillah..”
Tiba-tiba jauh di hujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan ia melihat beberapa wanita yang berada di taman mulai memasukinya satu persatu.
“Ayuh, kita ikuti mereka.” kata wanita itu sambil setengah berlari.
“Apa di balik pintu itu?” katanya sambil mengikuti wanita itu.
“Tentu saja syurga, saudariku” larinya semakin cepat.
“Tunggu…tunggu aku..” ia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Ia tetap tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari. Ia lalu berteriak, ” Amalan apa yang telah kau lakukan hingga kau begitu ringan?”
“Sama denganmu, saudariku.” jawab wanita itu sambil tersenyum.
Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu, “Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?”
Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata, “Apakah kau tak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?”
Ia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.
“Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke surgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?”

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

Tubuh wanita itu telah melewati pintu, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata, “Sungguh sangat disayangkan amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Maka kau tak akan pernah mendapatkan syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Ia terpegun..lalu terbangun..beristighfar lalu mengambil air wudhu. Ia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali perkataannya dulu..berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya.

                                          
                                                         
Jadi ayuhlah wahai muslimah sekalian...let's we cover our aurah!Jangan disebabkan kerana gagal menutup sebahgian daripada aurat kita menyebabkan kita gagal melangkahkan kaki ke syurga...Hidup ini tak lame wahai sahabatku...Jadi manfaatkanlah umur kita yang singkat ini dengan meningkatkn amalan dan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta dalam menuju ke jambatan syurga...Wallahua'lam...