Sentuhan Kreatif (Assignment 1)

  
Assalamualaikum wbt...
 
Alhamdulillah  setelah sekian lama memikirkan idea untuk dicoretkan di blog ni, akhirnya saya berjaya mendapat ilham untuk dikongsikan bersama anda semua.Kali ini saya akan membicarakan tentang sentuhan kreativiti anak muda yang tidak asing lagi di Malaysia bahkan beliau juga turut terkenal di peringkat antarabangsa saya kira.Siapa tidak kenal dengan vlogger Mat Lutfi anak kelahiran Kedah ini.

Curi gitar haram...Curi hati xpe...

Anak muda yang yang baru sahaja selesai menamatkan  pengajian Ijazahnya di Australia ini telah menghasilkan pelbagai video menarik yang berjaya menambat hati penonton. Video yang dihasilkannya sungguh bersahaja dan spontan menepati cita rasa anak-anak muda pada masa kini. Selain itu, videonya juga bertepatan dengan isu-isu semasa yang berlaku pada setiap hari.

                                                                    Kecelaruan maklumat....

   Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dalam menyampaikan sesuatu informasi dan maklumat. Mat Lutfi memilih vlog sebagai satu platform untuk berkongsi ideanya bersama-sma masyarakat yang terdiri dari pelbagai peringkat usia. Malah, beliau juga  turut membawa kita untuk bersama-sama berfikir bagi sesuatu isu yang  beliau ketengahkan.  Kadangkala lawak jenakanya yang membuatkan penonton tidak kering gusi menambahkan lagi kegilaan mereka terpaku di hadapan laptop.

                                                                   "Mami nak orang KL!"

    Jadi, pada pendapat saya penyampaian informasi melalui vlog ini  adalah sangat menarik.Setelah melihat contoh vlogger Mat Lutfi ini, ramai remaja-remaja di luar sana turut mencuba cara ini dalam menyampaikan cetusan idea mereka. Malah, ada juga yang memilih cara  untuk menyampaikan dakwah.Mekanisma dakwah pada hari ini sewajarnya mengikut arus globalisasi dan teknologi terkini.Para pendakwah di luar sana bolehlah memilih cara ini untuk menarik perhatian golongan anak muda dalam menerima pengisian dakwah mereka.

    Teringat pula saya dengan kata-kata seorang Ustaz ketika menuntut di sekolah menengah,"jika kita nak berdakwah kepada orang yang suka main gitar,kita kenalah pandai main gitar!" Masya Allah, sungguh menusuk kedalam kalbuku setelah mendengar kata-kata dari ustaz itu.Jadi, manfaatkanlah kemudahan teknologi maklumat yang telah disediakan ini dengan sebaik-baiknya. Bukan sekadar untuk menghiburkan hati dan membuat lawak kosong sahaja  tetapi  perlulah disertakan dengan input yang bermanfaat dan memberi kesedaran kepada masyarakat.Diharapkan agar  setiap perkara yang yang kita kongsikan melalui apa-apa pun mekanisme dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan kita diluar sana.Semoga usaha kecil kita ini dapat dijadikan saham diakhirat kelak. Amin...Sekadar disini dahulu coretan dari saya.Wassalam :)

Hari Jubah Mat Lutfi