Dakwah By Flashmob...(Assignment 3)

Assalamualaikum wbt...
 



 
Sejak akhir-akhir ini , flashmob begitu sinonim sekali dalam kalangan anak muda pada masa kini. Pasti rakan-rakan tertanya-tanya  apa itu flashmob? Flashmob ni sebenarnya berasal daripada negara Barat. Mereka mengekspresikan pendapat mereka atau berkongsi tentang sesuatu perkara melalui medium ini. Setelah saya melihat beberapa contoh flasmob hasil kreativiti beberapa orang anak muda, saya begitu tertarik dengan cetusan idea mereka.
 

 Begitulah indahnya dakwah. Ia boleh dipamerkan  dan dipaparkan melalui pelbagai medium.Justeru, kita haruslah menggunakan medium yang ada dengan sebaik-baiknya.Walaupun flashmob ini merupakan cetusan idea daripada Barat, tetapi ia digunakan sebagai medium dalam menyampaikan dakwah dan sentuhan kreatif yang cuba diketengahkan oleh beberapa golongan anak muda sangat membanggakan dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

                                                                        


 Saya begitu tertarik melihat flashmob yang dihasikan oleh masyarakat dari Perancis ini. Objektif yang mereka cuba ketengahkan di dalam video ini adalah  mengenai kepentingan menjaga kebersihan. Idea yang dihasilkan amatlah simple tetapi memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat sekeliling.Saya juga kagum dengan nilai murni yang ditunjukkan oleh mereka apabila semua orang menyokong usaha murni individu yang mencetuskan idea ini.

video
                                                       Flashmob Against Plastic Bottles  

                                              http://www.youtube.com/watch?v=nNXG8AxqJuU

                                                                          

0 comments:

Post a Comment