5 RESEPI PERIA KATAK UBAT KENCING MANIS YANG MENARIK

Assalamualaikum wbt.Menurut kajian peria katak mengandungi insulin yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dalam merawat penyakit kencing manis.Namun,rasanya yang pahit itu membuatkan kebanyakan orang kurang menggemarinya.Oleh itu,disini saya ingin kongsikan beberapa resepi yang boleh kita gunakan dalam masakan untuk menjadikan kita berselera lagi untuk memakannya.

Resepi 1:Peria masak lemak udang

Sumber google


Bahan-bahannya:
5 biji peria katak ~ belah 2 , buang bijinya dan hiris 1/2 inc, gaul garam ketepikan
8 ekor udang ~ buang kepala kalau nak bunag kulit pun boleh
1 batang serai ~ di titik
1 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
5 biji cili padi merah ~ untuk hiasan

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia


10 biji cili padi hijau ~ ikut kepedasan
1 inc kunyit hidup

Cara memasak:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan udang dan masak, jika kering tambah sedikit air
masukkan santan dan perasakan dengan garam
Akhir sekali peria yang kita dan gaul garam di cuci dengan air dan bilas bersih, toskan
Masukkan peria yang dah di cuci bersih
Masukkan juga cili padi untuk hiasan
Biar merenih sekejap tutup api dan hidangkan

Resepi 2:Peria goreng  telur


Sumber google


Bahan-Bahan:
·         1 biji peria saiz besar, buang biji dan hiris nipis
·         1 sudu besar cili kisar
·         1 biji telur
·         1/2 sudu kecil serbuk kunyit
·         sedikit garam dan gula utk menambah rasa
·         3 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan tumbuk kasar:
·         3 ulas bawang merah
·         2 ulas bawang putih
·         2-3 sudu besar ikan bilis
Cara Penyediaan:
1.     Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
2.     Pecahkan telur dan biarkan beberapa saat, kemudian kacau sehingga hancur.
3.     Masukkan peria dan kacau sehingga masak sempurna. Tambahkan sedikit air untuk kuah (jika suka).
4.     Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan.


Resepi 3:Peria Katak Goreng Rangup


Sumber google


Bahan-Bahan:

 3-4 biji peria katak
1 cawan tepung goreng serbaguna (saya guna tepung cap tangan)
 2 sudu serbuk kari
Sedikit garam

 Cara membuatnya

1. Peria katak dihiris nipis dan dibuang bijinya. Rendam sekejap dalam air garam kemudian toskan.
2. Dalam mangkuk, campurkan tepung serbaguna, sedikit garam dan juga serbuk kari. Gaul rata.
3. Selepas itu, ambil peria katak yang ditoskan tadi dan golek-golek atau lumurkan (istilah apa yang sesuai ya? Saya tak jumpa perkataan yang sesuai) di peria tersebut sehingga semuanya bersalut tepung.
4. Selepas itu bolehlah digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing/kekuningan.



Resepi 4:Sambal udang dan peria


Sumber google



Bahan-bahan :

10 ekor udang sederhana besar - ni saya beli dari pakcik van, 10 ekor = RM3
1 biji peria katak
1 biji buah tomato - saya memang pemakan buah tomato yg TEGAR
2-3 sudu makan cili giling
2-3 ulas bawang kecil/merah - ditumbuk
sedikit halia - juga ditumbuk
1 labu bawang besar, dipotong bulat @ separa bulat
garam & gula

Cara masak
1. peria katak di potong & direndam dalam air garam - dlm 10-15 minit
2. panaskan minyak & tumis bawang & halia sehingga naik bau & garing
3. masukkan cili giling.. masak sampai pecah minyak - perlahan kan api, biar cili tu garing elok , masukkan gula sedikit utk cantikkan warna sambal ..
4. masukkan buah tomato & peria katak - & sedikit air, kacau bagi peria masak sedikit (2-3 minit jer)
5. pastu masukkan udang & bawang besar.. kacau sampai udang betul2 masak..
6 siap untuk dihidangkan..



Resepi 5:Jus Peria Katak Dan Epal Hijau



Sumber google



Bahan-bahan :

·         1 biji peria katak
·         1 biji epal hijau
·         4 cawan air kosong

Cara-caranya:
1.     potong peria
2.     potong epal dan buang bijinya
3.     blend sehingga hancur
4.     tapis dahulu sebelum minum


0 comments:

Post a Comment