Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim......
Disaat aku termenung sendirian, aku terkenang akan sebuah pertemuan bersama sahabat-sahabatku. Sungguh indah detik itu. Sungguh manis saat itu. Rentetan itu, ia memanggilku untuk mencoretkan bingkisan kenangan yang sukar dilupakan pada entry kali ini.
Sahabat, masihku ingat saat pertemuan kita kali pertama. Walau tidak ku kenal dari mana asal- usulmu, walau tidakku ketahui siapa dirimu, namun demi sebuah ikatan yang satu telah mengikat hati kita. Moga persahabatan yang terbina ini kan kekal buat selama- lamanya hingga akhir hayat.
Pengorbananmu buatku tak kan kulupa. Disaat aku kebuntuan , disaat aku kekeruan, disaat aku keresahan, kau hadir memberi semangat kepadaku. Moga ukhwah fillah yang terbina ini kan bersemi selamanya. Terima kasih duhai sahabat...
Firman Allah SWT di dalam Surah Al- Hujurat ayat 10 yang bermaksud "Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.
Dikalaku teringatkan dirimu sahabat, ku cuba amati dan cuba selami bait- bait lirik lagu dendangan Amar ini, Sungguh mendalam maksudnya....Terimalah khas buatmu sahabat... Wassalam
Lirik Cebisan Kenangan - Amar
Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi kasihNya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Dtik waktu yang berlalu
Menjadi memori kau dan aku
Sewaktu kita bersama
Saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Di tanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat
Dalam sanubari
Bersabarlah dengan ketentuanNya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisa kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah
Ku harap berulang lagi
Pengedar Shaklee Kuantan,Pengedar Vivix Kuantan,Shaklee COD Kuantan,Pahang.
Pages
▼
Kenapa Aku??
Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim.....
Pada satu pagi yang hening... Disaat aku sedang asyik menikmati keenakan nasi lemak, tiba- tiba datang seorang sahabat menyapaku.
" Ecah. hari ni ana kene arrange satu tazkirah la kat surau..Bleh tak enti jadi pentazkirah untuk hari ni. "
Sedang asyik nasi lemak ku kunyah didalam mulutku, tiba- tiba aku tersedak!" Ape?? Nape ana?? Dah cube cari orang len ke??
Rezeki Allah buat hambanya....
Setelah kata-kata itu kuungkapkan, sahabatku menjawab, " Kalo tak enti sape lagi?? Bila lagi enti nak curahkan ilmu yang terpendam di dada tu??
Aku berfikir sejenak. Betul jugak cakap kawanku ini. Subhanallah. Sungguh pantas tarbiyah Allah datang menyapaku. Aku teringat kata- kata Ustazku " Setiap hari kita mesti sumbangkan sesuatu untuk Islam!" Ungkapan ustazku itu telah menjentik fikiranku!
Aku juga teringat sepotong ayat Al-quran yang bermaksud "Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar" Surah Ali Imran:104
Jadi, tanpa berfikir panjang aku setuju untuk menerima tawaran sahabatku itu untuk menyampaikan tazkirah di surau. Walaupun ilmu di dada hanya sedikit cuma, aku akan cuba juga untuk menyampaikan sesuatu kerna Sabda Nabi SAW " Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"
"يا حبيب الله"
Assalamualaikum wbt...
Hari ni memang full kelas. Lepas je abis kelas tutor tadawwuq adabiy saya dan rakan - rakan segera bergegas ke DKP 4 (Dewan Kuliah Utama ) untuk menghadiri kuliah bagi subjek Sirah Rasul pula. Alhamdulillah, ustaz Husban tak mulakan lagi pengajarannya. Kali ini beliau mengajar dengan menayangkan video tentang dakwah Rasulullah SAW kpd kami. Sunnguh kreatif sekali Ustaz Husban. Beliau tampil dengan cara yang kreatif untuk menarik minat pelajar.
Tatkala video tersebut dimainkan saya turut menghayati kisah yang ingin disampaikan melalui video tersebut. Saya cuba hayati. Saya cuba amati. Saya cuba mendalami. Subhanallah. Betapa tabah dan sabarnya dirimu duhai Kekasih Allah. Walau dicerca dan dihina oleh kaum Quraisy dalam menyebarkan dakwah, namun tidak pernah sekali Kau endah akan kata- kata mereka itu. Tetapi, dakwahmu terus disebar luas tanpa rasa jemu dan penat.