Pages

Ok Ke Tak Ok??







Assalamualaikum wbt...
 
 



 
 
 Topik yang seringkali menjadi bual bicara tatkala umur makin meningkat remaja. Juga topik forum yang pasti menambat hati siswa dan siswi tatkala poster ditampal di dada dinding dewan kuliah. Early marriage.. Kehadiran super senior ke teratak indahku memberikan satu jawapan yang tepat kepadaku tatkala persoalan yang seringkali berlegar di benak fikiran akhirnya terjawab jua akhirnya. 

Banyak pendapat tentang early marriage ni. Especially kahwin waktu belajar. Emm, ape kata mereka ye.Pendapat orang muda ni sudah tentu sekali berbeza dengan pendapat  orang lama kan. Macam-macamlah pendapat mereka ni. Antaranya, parents yang mungkin terkejut dengan keputusan anak mereka apabila mengambil keputusan  untuk kahwin awal ni akan memberi reaksi "Tunggulah abis belajar dulu. Nanti dah abis belajar baru kahwin." Tapi mungkin juga ade ibubapa yang berpendapat "Ok, xpe kahwin jela. Insya Allah semenye ok." Hurm...Mane satu yang ok ni ye? Hal macam ni lah yang seringkali menjadi dilema buat mereka yang bergelar siswa dan siswi yang ingin kahwin ketika belajar. Tapi, apabila ditanya "Kenapa awak  nak kawin awal ye?" Jawabnye "Saya  nak jaga hati ni.Risaulah asyik teringat je..huhu..." 
 
Actually, ade yang berpendapat kahwin bukanlah jalan yang tepat untuk menjaga hati. Hatta kita telah berkahwin sekalipun, hati tetap diuji dengan pelbagai ujian. Mungkin jodoh awal yang Allah telah kurniakan tu sebagai tanda kasih dan sayang terhadap hambaNya agar kita sebagai hambanya semakin mendekatkan diri kepadaNya. Bersyukurlah atas kurnian dan nikmat yang telah dikurniakan itu. Ingatlah setiap ujian dan dugaan yang dikurniakan Allah itu adalah sebagai tarbiah dariNya. Teruskanlah berdoa, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar dikurniakan yang terbaik buat kita dalam memimpin kita hingga ke syurga dan bersama-sama berjuang di jalan Allah. Amin...









3 comments:

  1. Cah sudah bersastera sekarang ya..:)

    ReplyDelete
  2. hehe...xlah...cube2 je...saye kan dak satstera gak dulu... :)

    ReplyDelete
  3. "Orang yang TAK COUPLE sebenarnya bukan tak laku, tetapi sebab cinta dia LIMITED EDITION untuk yang HALAL sahaja."

    Dalam masa menanti seorang yang soleh/solehah hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah berusaha menjadi seorang hamba yang soleh/solehah.

    Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita.

    Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. "Prayer is the best armor against all trials".
    ~i'm waiting 4 u Baitul Muslim~

    ReplyDelete