Alhamdulillah hari kita diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghirup udara segar dan masih mampu bernafas seperti biasa.Sungguh tidak terhingga nikmat yang Allah berikan kepada kita ni kan kawan-kawan?Sesungguhnya Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hari ni saya nak kongsikan sesuatu buat sahabat semua. Dah lama rasanya saya tak menulis.Alhamdulillah dapat juga idea akhirnya setelah sekian lama berfikir huhu.. Kadangkala bila kita duduk bersendirian kita merasa resah dan gelisah. Kita memikirkan apa lah yang tak kena ni?Apa lah yang aku dah wat salah ni? Lama sungguh kita berfikir sampai tak ketemu jawapannya. Sesungguhnya amatlah sukar nak jaga hati ni kawan -kawan.
Kat sekolah dulu ustaz saya selalu pesan, hati ni ibarat sehelai kain putih. Suci dan bersih tanpa dikotori oleh sebarang kekotoran.Tapi bila mana hanya sedikit kotoran sahaja yang mengotori kain tu, kawasan yang putih tadi tak kelihatan lagi dan kita pasti akan mengfokuskan kepada kotoran tersebut. Jika dilihat kain yang putih bersih tu boleh diibaratkan seperti seseorang yang cukup sempurna peribadinya. Perfect!Tapi bila satu kesalahan yang dia lakukan , pasti manusia akan melihat kepada kesalahannya yang satu itu dan menghiraukan seribu kebaikan yang dia lakukan. Nah, itulah hati. Amat sukar untuk dijaga sahabat. Jadi, ayuhlah kita sama -sama menjaga hati kita agar tidak mudah dikotori . Kita juga perlu protect hati kita dengan menyediakan bahan pencuci yang berkualiti seperti zikir dan doa kepada Allah Taala agar hati kita ini dilindungi daripada sebarang kekotoran.Firman Allah SWT " Sesungguhnya dengan meningati Allah itu hati kn menjadi Tenang"
No comments:
Post a Comment