Pengedar Shaklee Kuantan,Pengedar Vivix Kuantan,Shaklee COD Kuantan,Pahang.
Pages
▼
You Are My Friend!
Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh..
Insya Allah, pada entry kali ini saya nak kongsikan sedikit pengisian yang begitu sinonim dalam kehidupan kita yang bergelar hamba Allah. Hah, mesti korang tertanya - tanya kan ? Cer teka, cer teka? Alamak, nilah akibat dek pengaruh filem hingga terpraktik dalam blog, maaf ye kawan-kawan.Hehe...Beberapa minggu yang lepas, terdapat pelbagai mehnah dan tribulasi yang menimpa diriku yang kerdil ini. Biasalah kan, ujian tu tak lari dari kita yang bergelar hamba Allah ni. Bak kata ustaz saya kat sekolah menengah dulu "ujian tu tarbiyah dari Allah, Dia nak uji setakat mana kesabaran kita dalam menghadapi ujian tersebut sekaligus memberi peluang kepada kita dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Setiap ujian setiap orang tu berbeza- beza. Ada orang ditimpa ujian dengan kematian orang yang disayangi. Ada juga orang yang ditimpa ujian perasaan. Ujian perasaan nilah yang amat mencabar sekali sebab menguji kesabaran kita. Tapi, hadapilah ujian tersebut dengan tabah, kerna disana mungkin tersingkap seribu satu hikmah yang ingin Allah SWT tunjukkan kepada kita.
Kadangkala dalam kehidupan seharian kita ni, kita juga diuji dengan persahabatan bersama sahabat. Subhanallah, sungguh manis ujian tu walaupun awalnya begitu pahit kurasakan. Tatkala, kita terguris hati dengan sahabat karib kita, cubalah kita berlapang dada dengannya. Saya teringat tiga peringkat ukhwah yang saya perolehi melalui pengisian dalam usrah di sekolah dulu iaitu pertama ialah اثار yang bermaksud mementingkan sahabat melebihi keperluan diri sendiri. Ithar ni juga merupakan peringkat ukhwah yang paling tinggi Kedua ialah سلامة الصدر iaitu berlapang dada dengan sahabat. Dan peringkat ukhwah yang terakhir ialah حسن الظن yang bermaksud bersangka baik. Ia juga merupakan peringkat ukhwah yang paling rendah sekali.
Bercakap soal sahabat, teringat saya tentang kisah -kisah Rasulullah SAW dan sahabat- sahabatnya. Sungguh indah sekali sirah Rasulullah SAW ini andai kita hayati betul-betul. Antara kisah yang saya pernah baca dulu ialah tatkala Rasulullah SAW sedang bersembunyi di gua Hira' bersama Saidina Abu Bakar , tiba-tiba muncul seekor ular dari lubang di dalam gua tersebut. Demi menjaga keselamatan Rasulullah SAW Saidina Abu Bakar menekup lubang tersebut tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Subhanallah, sungguh kasih dan sayang Saidina Abu Bakar kepada Nabi SAW. Jika kita berada dalam situasi tersebut, adakah kita sanggup melakukan sedemikian? Selain itu, kisah yang yang amat memberi kesan dan menyentuh jiwa saya ialah tatkala Rasulullah telah wafat bangkitlah Saidina Umar Al- Khattab lalu memberi amaran kepada penduduk Mekah dengan berkata " sesiapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah wafat , akan ku pancung kepalanya!" Subhanallah, begitu mendalam sekali kasih dan sayang Sidina Umar kepada Rasulullah sehingga tak dapat menerima pemergian Nabi SAW. Jadi sahabat-sahabatku sekalin, ayuh kita sama-sama cuba hayati dan amati sirah dan kisah persahabatan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Baginda ini agar kita dapat jadikan panduan dalam melalui liku-liku kehidupan bersama sahabat- sahabat kita yang tersayang. Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment