Kecelaruan maklumat....
Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dalam menyampaikan sesuatu informasi dan maklumat. Mat Lutfi memilih vlog sebagai satu platform untuk berkongsi ideanya bersama-sma masyarakat yang terdiri dari pelbagai peringkat usia. Malah, beliau juga turut membawa kita untuk bersama-sama berfikir bagi sesuatu isu yang beliau ketengahkan. Kadangkala lawak jenakanya yang membuatkan penonton tidak kering gusi menambahkan lagi kegilaan mereka terpaku di hadapan laptop.
"Mami nak orang KL!"
Jadi, pada pendapat saya penyampaian informasi melalui vlog ini adalah sangat menarik.Setelah melihat contoh vlogger Mat Lutfi ini, ramai remaja-remaja di luar sana turut mencuba cara ini dalam menyampaikan cetusan idea mereka. Malah, ada juga yang memilih cara untuk menyampaikan dakwah.Mekanisma dakwah pada hari ini sewajarnya mengikut arus globalisasi dan teknologi terkini.Para pendakwah di luar sana bolehlah memilih cara ini untuk menarik perhatian golongan anak muda dalam menerima pengisian dakwah mereka.
Teringat pula saya dengan kata-kata seorang Ustaz ketika menuntut di sekolah menengah,"jika kita nak berdakwah kepada orang yang suka main gitar,kita kenalah pandai main gitar!" Masya Allah, sungguh menusuk kedalam kalbuku setelah mendengar kata-kata dari ustaz itu.Jadi, manfaatkanlah kemudahan teknologi maklumat yang telah disediakan ini dengan sebaik-baiknya. Bukan sekadar untuk menghiburkan hati dan membuat lawak kosong sahaja tetapi perlulah disertakan dengan input yang bermanfaat dan memberi kesedaran kepada masyarakat.Diharapkan agar setiap perkara yang yang kita kongsikan melalui apa-apa pun mekanisme dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan kita diluar sana.Semoga usaha kecil kita ini dapat dijadikan saham diakhirat kelak. Amin...Sekadar disini dahulu coretan dari saya.Wassalam :)

Hari Jubah Mat Lutfi
No comments:
Post a Comment