Begitulah indahnya dakwah. Ia boleh dipamerkan dan dipaparkan melalui pelbagai medium.Justeru, kita haruslah menggunakan medium yang ada dengan sebaik-baiknya.Walaupun flashmob ini merupakan cetusan idea daripada Barat, tetapi ia digunakan sebagai medium dalam menyampaikan dakwah dan sentuhan kreatif yang cuba diketengahkan oleh beberapa golongan anak muda sangat membanggakan dan memberi kesedaran kepada masyarakat.
Saya begitu tertarik melihat flashmob yang dihasikan oleh masyarakat dari Perancis ini. Objektif yang mereka cuba ketengahkan di dalam video ini adalah mengenai kepentingan menjaga kebersihan. Idea yang dihasilkan amatlah simple tetapi memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat sekeliling.Saya juga kagum dengan nilai murni yang ditunjukkan oleh mereka apabila semua orang menyokong usaha murni individu yang mencetuskan idea ini.
http://www.youtube.com/watch?v=nNXG8AxqJuU
No comments:
Post a Comment