Sejak kebelakangan ini kita dapati sebahagian masyarakat menghidapi penyakit diabetes atau juga dikenali sebagai kencing manis.Antara faktor yang dikenalpasti punca penyakit ini adalah faktor pengambilan makanan manis yang berlebihan dan mungkin juga faktor keturunan.
Penyakit
kencing manis ataupun dikenali sebagai Diabetes mellitus
merupakan sejenis penyakit yang
dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam
darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara
umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
·
Diabetis jenis pertama (I) juga
dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes
Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis I dicirikan dengan
kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit
semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin
semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk
pengawalan tahap glukosa darah.
·
Diabetis jenis kedua (II) boleh
disebabkan oleh kerintangan insulin iaitu
penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang
berkurangan. Diabetis jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak
insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan,
pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan.Namun
begitu,suntikan insulin pula diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya
pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius
kepada pesakit.
·
Diabetes Gestasi ialah
diabetes yang dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes gestasi adalah
mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan
oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu
untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka
ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.
Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang
mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk
gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan
terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes
akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke
dalam sel.
Terdapat sesetengah masyarakat yang tidak menyedari
bahawa mereka telah mengidap penyakit ini tanpa disedari gara-gara faktor pemakanan
yang tidak terkawal dan pengambilan makanan manis yang berlebihan.Penyakit ini
juga menyebabkan kerosakan pada saraf dan merupakan antara punca utama
kerosakan buah pinggang dan buta.
Justeru,sebelum ia menjadi semakin parah dan kian
kronik kita haruslah mengetahui dan cakna tentang tanda-tanda awal
penyakit kencing manis pada peringkat awal agar kita dapat mengambil langkah
berjaga-jaga.
Berikut merupakan tanda-tanda diabetes pada
peringkat awal yang perlu kita ketahui:
1. KERAP DAHAGA DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM
Antara tanda
kencing manis yang paling biasa dialami oleh pesakit diabetes ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam
pula mereka kerap selalu ingin ke tandas untuk kencing.
Lebihan
glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk
memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada
waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah
antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.
2. BERAT BADAN MENYUSUT DENGAN DRASTIK
Pasti terdapat kemusykilan bagi pesakit kencing manis kerana mereka merasakan meraka dah makan macam biasa,tetapi berat badan menurun? Inilah antara tanda
kencing manis.
Bagi
sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat
mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda
anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk
memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan
lemak untuk menghasilkan tenaga.
3. JARAK PENGLIHATAN MENURUN
Jarak penglihatan yang semakin berkurang juga merupakan antara tanda kencing manis.Jangan kita fikir jika tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang
selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.
Kandungan
gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan
mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan.
Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh
yang panjang.
4. SERING KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI
Antara
tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh
kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang
mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah
tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.
5. LUKA YANG LAMBAT SEMBUH.
Luka pada salah satu anggota badan merupakan suata perkara yang perlu diambil kisah.Hal ini kerana,ia merupakan salah satu kebimbangan besar bagi kebanyakan pesakit diabetes.Jadi,apabila berlaku luka pada salah satu anggota segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang rapi kerana dibimbangi luka itu akan semakin merebak jika tidak dirawat dengan cepat.
Sistem
saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan
kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada
anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka
yang di alami.
KESIMPULAN
Akhir kata,jika anda mempunyai salah satu tanda penyakit kencing manis seperti diatas,segeralah pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor.Jangan terlampau mengambil sikap acuh tak acuh tentang hal ini kerana ia melibatkan kesihatan badan kita sendiri yang perlu dijaga dengan baik.
Selain itu,kita juga perlulah mengamalkan cara pengambilan makanan yang betul dalam kehidupan seharian.Jika kita sudah terbiasa dengan makan makanan manis,belajarlah untuk mengurangkannya dalan makanan kita.Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang tanda-tanda kencing manis dalam entry kali ini.Insya Allah saya akan kongsikan tentang info yang lain pula untuk entry akan datang.
KESIMPULAN
Akhir kata,jika anda mempunyai salah satu tanda penyakit kencing manis seperti diatas,segeralah pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor.Jangan terlampau mengambil sikap acuh tak acuh tentang hal ini kerana ia melibatkan kesihatan badan kita sendiri yang perlu dijaga dengan baik.
Selain itu,kita juga perlulah mengamalkan cara pengambilan makanan yang betul dalam kehidupan seharian.Jika kita sudah terbiasa dengan makan makanan manis,belajarlah untuk mengurangkannya dalan makanan kita.Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang tanda-tanda kencing manis dalam entry kali ini.Insya Allah saya akan kongsikan tentang info yang lain pula untuk entry akan datang.
No comments:
Post a Comment