Pages

7 UBAT KENCING MANIS BERDASARKAN PETUA TRADISIONAL

Terdapat pelbagai jenis ubat kencing manis yang ditemui sejak turun temurun oleh nenek moyang kita yang terdahulu dan diamalkan dalam perubatan tradisional khususnya dalam merawat penyakit kencing manis.Biasanya ubat-ubatan tradisional ini diambil daripada tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di sekitar halaman kampung mahupun didalam hutan.Jadi,ia tidak terlepas menjadi perhatian  kepada generasi pada hari ini untuk mencuba tumbuh-tumbuhan ini dalam merawat penyakit diabetes ini.

Namun begitu,perlu diingatkan bahawa sebelum mengambil sebarang rawatan tradisional ini kita haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu agar ia tidak menggangu rawatan moden yang sedang dijalani oleh seseorang .Berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu tentang kebaikan dan keburukan mengunakan ubat-ubatan tradisonal ini.

Disini saya kongsikan beberapa ubat-ubatan tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu dan  digunakan oleh sesetengah masyarakat kita pada hari ini dalam merawat penyakit kencing manis.

1.Petai 



Petai biasanya dijadikan sebagai ulam-ulaman dalam hidangan makanan disamping lauk-pauk yang lain.Tanpa disedari petai memberi khasiat dalam merawat kencing manis.Ia dapat menolong menyerap gula dalam darah dan memulihkan sel-sel yang telah rosak.Ia mempunyai fungsi yang sama dengan akar manggis,tebu gajah dan gambir.

Cara pengambilannya ialah makan 2-3 biji pada setisp hari setiap kali waktu makan.Perlu diingatkan bahawa jangan mengambil dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh merosakkan buah pinggang.

2.Pokok Misai Kucing



Misai kucing atau nama saitifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul kepada Lamiaceae/Labiatae.Pokok herba ini boleh  ditemui diseluruh negara Asia Tenggara dan Australia Tropika.Selain membantu merawat penyakit kencing manis ia juga merawat penyakit lain seperti gout,athriris,reumatik dan penyakit batu karang.

Pokok misai kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini  digunakan sebagai ubat.Daun pokok ini digunakan sebagai herba perubatan d untuk merawat kencing manis.Cara pengambilannya ialah ambil segenggam daunnya,rebus dengan air kemudian minum.

3.Lidah Buaya



Lidah buaya atau juga dikenali sebagai Aloe vera merupakan sejenis tumbuhan yang telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu digunakan sebagai penyembur rambut,penyembuh luka dan perawatan kulit.Secara umumnya,lidah buaya merupakan satu daripada 10 tanaman  laris didunia yang mempunyai potensi dalam industri perubatan tradisional.

Cara pengambilannya ialah:

1.Ambil 2 batang daun lidah buaya dan buang durinya.
2. Kemudian potongkan ia dan basuh sehingga bersih
3. Rebus dengan 3 gelas air,kemudian tapis.
4.Minum setengah gelas setiap 3kali sehari selepas makan.

4.Peria Katak



Selain menjadi bahan makanan, peria katak juga telah lama digunakan sebagai ubat herba untuk pelbagai penyakit termasuk diabetes jenis 2. Buah ini mengandungi sekurang-kurangnya tiga zat aktif dengan sifat anti-diabetes, termasuk charantin yang telah disahkan mempunyai kesan menurunkan glukosa darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai polipeptida-p.
Ia juga mengandungi lektin yang mengurangkan konsentrasi glukosa darah dengan bertindak pada tisu periferal dan menekan selera makan. Lektin ini dianggap sebagai faktor utama di sebalik kesan hipoglikemik yang berkembang selepas mengambil peria katak.

Disebabkan rasanya yang sangat pahit,anda bolehlah mempelbagaikan cara masakankannya mengikut cita rasa anda agar ia mudah dan enak dimakan mengikut selera tekak masing-masing.

5.Kayu manis



Kayu manis boleh membantu mengawal tahap glukosa darah. Kayu manis adalah rempah yang manis tetapi tajam dan berasal dari kulit pokok kayu liar, yang tumbuh di kawasan tropika di Asia Tenggara, Amerika Selatan dan Caribbean.Penyelidikan telah mencadangkan agar kayu manis dapat membantu meningkatkan tahap glukosa darah dan meningkatkan kepekaan insulin. 

Hasil daripada kajian klinikal yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Care pada tahun 2003 menunjukkan bahawa kulit kayu manis mengurangkan kadar glukosa darah dan kolesterol pada orang dengan diabetes jenis 2, dan boleh mengurangkan faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit kencing manis dan kardiovaskular.Cara pengambilan kayu manis ini ialah dengan mengasah kulitnya kemudian masukkannya kedalam air dan minum.

6.Halia


Halia boleh membantu dengan kawalan glisemik, rembesan insulin dan perlindungan katarak. Halia telah digunakan selama berabad-abad dalam masakan dan perubatan Asia. Ia lazim digunakan sebagai rempah atau perasa dalam memasak, juga sebagai alternatif ‘rawatan herba’ untuk pelbagai penyakit seperti mual dan pencernaan, dan untuk wangian dalam sabun dan kosmetik.

Satu kajian yang diterbitkan dalam edisi Ogos 2012 jurnal produk semulajadi Planta Medica mencadangkan bahawa halia boleh membantu kawalan gula darah jangka panjang untuk pesakit diabetes jenis 2. Penyelidik dari University of Sydney, Australia, mendapati bahawa ekstrak dari Buderim Ginger (minyak halia Australia) yang kaya dengan gingerol menjadi komponen aktif utama  dan boleh meningkatkan pengambilan glukosa ke dalam sel-sel otot tanpa menggunakan insulin seterusnya membantu dalam pengurusan paras gula darah tinggi.

7.Kacang Bendi




Kacang Bendi atau nama saintifiknya Abelmoschus esculentus mendapat perhatian dalam merawat pesakit yang berisiko seperti diabetes atau kanser.Selain itu,ia juga didapati dapat mengawal gula dalam darah dan banyak manfaat kesihatan lain.Berdasarkan banyak  kajian yang telah dibuat ia telah membuktikan bahawa kacang bendi sebagai makanan berkhasiat bagi glukosa darah atau anti-diabetes yang kuat.

Dalam satu kajian, diterbitkan pada 2011 dalam Journal of Pharmacy & BioAllied Sciences, para penyelidik di India mendapati bahawa tikus dengan kencing manis yang diberi kacang bendi mengalami pengurangan kadar glukosa darah mereka, sementara yang lain menunjukkan penurunan secara beransur-ansur dalam glukosa darah dengan pengambilan ekstrak kacang bendi selama sepuluh hari.

 Kesimpulan

Secara kesimpulannya,setiap penyakit pasti ada penawarnya dan pada setiap benda yang Allah ciptakan itu pasti ada manfaat dan penawarnya.Jadi,kita berusahalah untuk mencari penawarnya dan jangan lupa untuk  berdoa dan bertawakkal setelah berusaha mencari penawar tersebut.Disamping itu,berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat, produk herba, atau sebarang rawatan alternatif untuk memastikan mereka tidak mengganggu rawatan anda atau menyebabkan masalah lain.

Antara cara mencegah penyakit diabetes adalah seperti mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, menjadi lebih aktif secara fizikal dan mengurangkan berat badan. Ia masih tidak terlambat untuk kita mulakan dari sekarang. Perubahan yang anda lakukan dalam gaya hidup anda sekarang mungkin boleh membantu anda mengelakkan komplikasi kesihatan serius diabetis di pada masa akan datang seperti saraf, buah pinggang dan kerosakan jantung.  

Rujukan:

1.https://www.hk3.com.my/ms/petua-tradisional-kencing-manis/
2.http://sihatsecret.blogspot.my/2015/10/15-cara-merawat-kencing-manis-diabetes.html

No comments:

Post a Comment