Terdapat pelbagai jenis ubat kencing manis yang ditemui sejak turun
temurun oleh nenek moyang kita yang terdahulu dan diamalkan dalam perubatan
tradisional khususnya dalam merawat penyakit kencing manis.Biasanya ubat-ubatan
tradisional ini diambil daripada tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di sekitar halaman
kampung mahupun didalam hutan.Jadi,ia tidak terlepas menjadi perhatian
kepada generasi pada hari ini untuk mencuba tumbuh-tumbuhan ini dalam merawat
penyakit diabetes ini.
Namun begitu,perlu diingatkan bahawa sebelum mengambil sebarang rawatan
tradisional ini kita haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih
dahulu agar ia tidak menggangu rawatan moden yang sedang dijalani oleh
seseorang .Berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu tentang kebaikan
dan keburukan mengunakan ubat-ubatan tradisonal ini.
Disini saya kongsikan beberapa ubat-ubatan tradisional yang diamalkan
oleh nenek moyang kita dahulu dan digunakan oleh sesetengah masyarakat
kita pada hari ini dalam merawat penyakit kencing manis.
Petai biasanya dijadikan sebagai ulam-ulaman dalam hidangan makanan
disamping lauk-pauk yang lain.Tanpa disedari petai memberi khasiat dalam
merawat kencing manis.Ia dapat menolong menyerap gula dalam darah dan
memulihkan sel-sel yang telah rosak.Ia mempunyai fungsi yang sama dengan akar
manggis,tebu gajah dan gambir.
Cara pengambilannya ialah makan 2-3 biji pada setisp hari setiap kali
waktu makan.Perlu diingatkan bahawa jangan mengambil dalam kuantiti yang banyak
kerana ia boleh merosakkan buah pinggang.
Misai kucing atau nama saitifiknya Orthosiphon Aristatus adalah
asal usul kepada Lamiaceae/Labiatae.Pokok herba ini boleh ditemui
diseluruh negara Asia Tenggara dan Australia Tropika.Selain membantu merawat
penyakit kencing manis ia juga merawat penyakit lain seperti gout,athriris,reumatik
dan penyakit batu karang.
Pokok misai kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan
tumbuhan ini digunakan sebagai ubat.Daun pokok ini digunakan sebagai
herba perubatan d untuk merawat kencing manis.Cara pengambilannya ialah ambil
segenggam daunnya,rebus dengan air kemudian minum.
Lidah buaya atau juga dikenali sebagai Aloe vera merupakan sejenis
tumbuhan yang telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu digunakan sebagai
penyembur rambut,penyembuh luka dan perawatan kulit.Secara umumnya,lidah buaya
merupakan satu daripada 10 tanaman laris didunia yang mempunyai potensi
dalam industri perubatan tradisional.
Cara pengambilannya ialah:
1.Ambil 2 batang daun lidah buaya dan buang durinya.
2. Kemudian potongkan ia dan basuh sehingga bersih
3. Rebus dengan 3 gelas air,kemudian tapis.
4.Minum setengah gelas setiap 3kali sehari selepas makan.
Selain menjadi
bahan makanan, peria katak juga telah lama digunakan sebagai ubat herba untuk
pelbagai penyakit termasuk diabetes jenis 2. Buah ini mengandungi
sekurang-kurangnya tiga zat aktif dengan sifat anti-diabetes, termasuk
charantin yang telah disahkan mempunyai kesan menurunkan glukosa darah, vicine
dan sebatian insulin yang dikenali sebagai polipeptida-p.
Ia juga mengandungi
lektin yang mengurangkan konsentrasi glukosa darah dengan bertindak pada tisu
periferal dan menekan selera makan. Lektin ini dianggap sebagai faktor utama di
sebalik kesan hipoglikemik yang berkembang selepas mengambil peria katak.
Disebabkan rasanya
yang sangat pahit,anda bolehlah mempelbagaikan cara masakankannya mengikut cita
rasa anda agar ia mudah dan enak dimakan mengikut selera tekak masing-masing.
Kayu manis boleh
membantu mengawal tahap glukosa darah. Kayu manis adalah rempah yang manis
tetapi tajam dan berasal dari kulit pokok kayu liar, yang tumbuh di kawasan
tropika di Asia Tenggara, Amerika Selatan dan Caribbean.Penyelidikan telah
mencadangkan agar kayu manis dapat membantu meningkatkan tahap glukosa darah
dan meningkatkan kepekaan insulin.
Hasil daripada
kajian klinikal yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Care pada tahun 2003
menunjukkan bahawa kulit kayu manis mengurangkan kadar glukosa
darah dan kolesterol pada orang dengan diabetes jenis 2, dan boleh
mengurangkan faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit kencing manis dan
kardiovaskular.Cara pengambilan kayu manis ini ialah dengan mengasah kulitnya
kemudian masukkannya kedalam air dan minum.
Halia boleh
membantu dengan kawalan glisemik, rembesan insulin dan perlindungan katarak.
Halia telah digunakan selama berabad-abad dalam masakan dan perubatan Asia. Ia
lazim digunakan sebagai rempah atau perasa dalam memasak, juga sebagai
alternatif ‘rawatan herba’ untuk pelbagai penyakit seperti mual dan pencernaan,
dan untuk wangian dalam sabun dan kosmetik.
Satu kajian yang
diterbitkan dalam edisi Ogos 2012 jurnal produk semulajadi Planta Medica
mencadangkan bahawa halia boleh membantu kawalan gula darah jangka panjang
untuk pesakit diabetes jenis 2. Penyelidik dari University of Sydney,
Australia, mendapati bahawa ekstrak dari Buderim Ginger (minyak halia
Australia) yang kaya dengan gingerol menjadi komponen aktif utama dan
boleh meningkatkan pengambilan glukosa ke dalam sel-sel otot tanpa menggunakan
insulin seterusnya membantu dalam pengurusan paras gula darah tinggi.
7.Kacang Bendi
Kacang Bendi atau nama
saintifiknya Abelmoschus esculentus mendapat perhatian dalam
merawat pesakit yang berisiko seperti diabetes atau kanser.Selain itu,ia juga
didapati dapat mengawal gula dalam darah dan banyak manfaat kesihatan
lain.Berdasarkan banyak kajian yang telah dibuat ia telah membuktikan
bahawa kacang bendi sebagai makanan berkhasiat bagi glukosa darah atau
anti-diabetes yang kuat.
Dalam satu kajian,
diterbitkan pada 2011 dalam Journal of Pharmacy & BioAllied Sciences, para
penyelidik di India mendapati bahawa tikus dengan kencing manis yang diberi
kacang bendi mengalami pengurangan kadar glukosa darah mereka, sementara yang
lain menunjukkan penurunan secara beransur-ansur dalam glukosa darah dengan
pengambilan ekstrak kacang bendi selama sepuluh hari.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya,setiap penyakit pasti ada penawarnya dan pada setiap benda yang Allah ciptakan itu pasti ada manfaat dan penawarnya.Jadi,kita berusahalah untuk mencari penawarnya dan jangan lupa untuk berdoa dan bertawakkal setelah berusaha mencari penawar tersebut.Disamping itu,berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat, produk herba, atau sebarang rawatan alternatif untuk memastikan
mereka tidak mengganggu rawatan anda atau menyebabkan masalah lain.
Antara cara mencegah penyakit diabetes adalah seperti mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, menjadi lebih aktif secara fizikal dan mengurangkan berat badan. Ia masih tidak terlambat untuk kita mulakan dari sekarang. Perubahan yang anda lakukan dalam gaya hidup anda sekarang mungkin boleh membantu anda mengelakkan komplikasi kesihatan serius diabetis di pada masa akan datang seperti saraf, buah pinggang dan kerosakan jantung.
Antara cara mencegah penyakit diabetes adalah seperti mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, menjadi lebih aktif secara fizikal dan mengurangkan berat badan. Ia masih tidak terlambat untuk kita mulakan dari sekarang. Perubahan yang anda lakukan dalam gaya hidup anda sekarang mungkin boleh membantu anda mengelakkan komplikasi kesihatan serius diabetis di pada masa akan datang seperti saraf, buah pinggang dan kerosakan jantung.
Rujukan:
1.https://www.hk3.com.my/ms/petua-tradisional-kencing-manis/
2.http://sihatsecret.blogspot.my/2015/10/15-cara-merawat-kencing-manis-diabetes.html
0 comments:
Post a Comment