KHASIAT PERIA KATAK

Assalamualaikum semua.Insya Allah kali ni saya nak share tentang khasiat peria katak.Siapa kat sini pernah rasa peria katak ni.Rasanya mak aii pahit yang amat.Tapi walaupun pahit peria katak ni boleh dijadikan ubat dan banyak khasiat dia taw...Haaaa,menarik ke menarik.

Peria katak atau nama botaninya momordica charantia dan tergolong dalam keluarga ucurbitaceae. Peria katak memang pahit rasanya. Tetapi di sebalik kepahitannya ini, tersembunyi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Walaupun rasanya pahit, ia juga sering digunanakan sebagai menu makanan harian.

Peria katak tumbuh di kawasan tropika termasuklah di Amazon, timur Afrika, Asia dan Carribean. Ia juga turut ditanam di seluruh Amerika Selatan sebagai makanan dan ubatan.Yang menariknya penduduk di kepulauan Okinawa,Jepun turut amalkan peria katak ni.Sebab tu tak pelik walaupun diorang dah berumur 90 hingga 100 tahun,tapi diorang masih kuat tunggang basikal dan jalan kaki.Rahsianya sebab diorang amalkan makan peria katak nilah!

Sumber google

Pasti ramai yang nak tahu tahu apa khasiat peria katak ni kan.Antara khasiatnya ialah:

🌼Sangat rendah kalori, hanya 17 kalori dlm 100g.
-Sesuai untuk diambil ketika waktu diet

🌼Tinggi Fiber, Mineral & Anti-oksidan

🌼Mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah. (Bagus untuk pesakit Diabetes Type II)

🌼Tinggi Vitamin C, Carotene, Leutein dan zea-xanthin
(Anti-oksida yang bagus untuk anti-penuaan, anti-kanser dan mencegah penyakit kronik )

🌼Mengandungi Niacin (vitamin B3), Pantothenic acid (vitamin B5), Pyridoxine (Viamin B6), Zat Besi, Zinc, Manganese dan Magnesium.

🌼Membantu menurunkan kolestrol

 🌼Membantu mencegah sembelit

🌼 Mencegah jangkitan

Kaedah yang paling mudah untuk ambil Peria katak ni ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada 2 -3 biji peria pada setiap pagi (tanpa biji) atau sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusannya.

Insulin Tumbuhan

Dalam perubatan Ayurveda India, peria katak sering diperlihatkan sebagai sejenis “insulin tumbuhan”, oleh itu amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.

Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria. Dalam perubatan tradisional Cina, sayur peria katak digunakan untuk menaikkan selera makan dan rawatan jangkitan gastrousus.

Ðalam perubatan herba Brazil, peria katak digunakan untuk merawat tumor, luka, reumatisme, malaria, masalah carian vagina, inflamasi, masalah haid, kolik, demam dan cacing. Ia juga turut digunakan sebagai pencetus pengguguran dan afrodisiak. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai bahan sapu untuk merawat masalah kulit, vaginitis, buasir, ruam gatal, ekzema dan kusta.

Kesimpulan

Akhir kata,walaupun peria katak ini rasanya pahit dan kurang digemari oleh kebanyakan orang,namun terdapat di dalmnya khasiat dan manfaatnya untuk tujuan perubatan.Oleh yang demikian,kita sewajrnya bersyukur kepada Sang Pencipta kerana mencipta tumbuh-tumbuhan yang mengandungi 1001 penawar yang sangat ekslusif.Walaupun ia mempunyai pelbagai khasiat,penggunaaanya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan dikemudian hari.


2 comments:

  1. Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.
    ▪Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!
    ▪Ini 1 penemuan herba utk merawat kencing manis yang bacaan gula sangat tinggi.
    ▪Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula dengan cepat dan berkesan
    ▪-Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum
    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.
    ▪Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit
    ▪Stabil kan gula kembali..paling penting dapat menjaga buah pinggang!
    ▪Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.
    ▪Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻

    NOTA :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga harga sangat2 mampu milik..orang normal yang nak mencegah kencing manis pun boleh minum

    Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.

    En mohd zuhairi 017 468 7570

    ReplyDelete