Pejam celik pejam celik dah tiba saat yang ditunggu iaitu fatrah menghampiri peperiksaan. Dikesempatan ini sya nak ucapkan selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua sahabat saya yang mengenali diri ni. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf dari kaian semua jika ada salah and silap selama we know each other. Andi ada terkasar bahasa ke, terkurang ajar ke harap diaiampunkanlah. Ok sekadar ini sahaja coretan ringkas saya. Hopefully we will spend our time wisely before the examination! Ok guys, i leave you all with Arabic term "من جد وجد ومن زرع حصد"
Siapa Saya
Nama diberi Nor Hafsah Binti Mohd Nor.Merupakan cahaya mata kepada Ustaz Mohd Nor Salim dan Puan Aida Alias.Anak kedua daripada 8 beradik.Pendidikan awal bermula dirumah,kemudian SK Lepar Hilir 3,SMA Al-Ihsan,Kuliah Sultan Abu Bakar dan USIM.Suri hati kepada Encik Syabullah Bin Yusof.Telah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Izzatul Insyirah dan Husna Rafiqah.Bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad.Juga merupakan Pengedar Sah Produk Kesihatan Shaklee.
About Me
Facebook Badge
MY SHAKLEE FAMILY
Categories
- Mutiara Iman (4)
- Nukilan Kasih (1)
- Pengedar Shaklee Kuantan (3)
My Motto!
"Perjuangan Itu Pahit, Kerna Syurga Itu Manis"
Salam Imtihan...
Author :
Hafsah
Pejam celik pejam celik dah tiba saat yang ditunggu iaitu fatrah menghampiri peperiksaan. Dikesempatan ini sya nak ucapkan selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua sahabat saya yang mengenali diri ni. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf dari kaian semua jika ada salah and silap selama we know each other. Andi ada terkasar bahasa ke, terkurang ajar ke harap diaiampunkanlah. Ok sekadar ini sahaja coretan ringkas saya. Hopefully we will spend our time wisely before the examination! Ok guys, i leave you all with Arabic term "من جد وجد ومن زرع حصد"
9 Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki....
Author :
Hafsah
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/#ixzz1gks2gLXT
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
Popular Posts
-
Renung- renungkanlah bait-bait puisi di bawah wahai sahabatku sekalian.... ...
-
Assalamualaikum wbt.Menurut kajian peria katak mengandungi insulin yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dalam merawat penyakit kencin...
-
Assalamualaikum wbt... Melaksanakan dakwah adalah satu tuntutan agama. Malah ia juga merupakan tugas yang mulia di sisi Allah SWT...
-
Assalamua'laikum wbt... Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang dan ruang kepada hambaMu ini untuk terus me...
-
Assalamualaikum wbt... "Jalan ini pernah ku impikan dahulu... Di jalan ini juga dugaan datang menjentik ku.. Disaat dir...
-
Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah setelah lama menunggu dan menghitung hari akhirnya berakhir lah sudah peperiksaan untuk semester kali...
Coretan Hati
Karya Teman
-
-
mama abi anak dua3 years ago
-
-
-
jamu obat datang bulan asli6 years ago
-
Perempuan yang dihinakan!8 years ago
-
Blog under construction.8 years ago
-
-
.: malas :.9 years ago
-
-
~ terus mengorak langkah ~ ^_^10 years ago
-
-
99X Rindu ~~11 years ago
-
-
Kita Masih Seorang Hamba..12 years ago
-
Doa Seorang Hamba12 years ago
-
Kentang Putar Ummiey12 years ago
-
Jom tengok!!! Harga termahal HANYA RM512 years ago
-
-
c0ntest I Love My Blog12 years ago
-
-