Showing posts with label Mutiara Iman. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Iman. Show all posts

Dan Demi Waktu...


Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah setelah lama menunggu dan menghitung hari akhirnya berakhir lah sudah peperiksaan untuk semester kali ini. Lega sangat- sangat. Setelah bermalam - malam bersengkang mata menelaah buku , akhirnya berakhir sudah detik itu. Tapi perlu diingatkan perjuangan untuk semester depan bakal menjelma. Perjuangan masih panjang dan tidak berhenti disitu sahaja. Lately, i'm always feel want to cook when i gonna back to home. Tak taw la kenapa membuak-buak perasaan nak masak ni. Memang la selalu masak bila balik. Tapi kali ni perasaan ni cam pelik je. Antara resepi yang saya selalu masak bila balik ialah...Hah, nak taw tak kawan-kawan? Cube teka? Takpe lah saya gtaw lah. Saya suke masak sambal telur. Actually, it is my favourite food! My mom teach me how to cook this kind of delicious food hehe..



Insya Allah balik ni saya nak masak sambal telur ni lah. Huhu cam tak sabar je nak balik. Takpe2 sabar2.. Ade bape hari je nak balik. Semoga Allah mudahkan segalanye.Emm, pulangnye juga saya ke tempah tanah air ku dengan berbekalkan azam dan matlamat yang baru. Semoga berjalan denga lancar dan dipermudahkan segalanya amin ya rabbana... Kawan- kawan pun doakan lah jugak ye. Syukran.. Sekadar di sini dahulu sahaja coretan saya buat kali ni. Wassalam, ilalliqo'.. :)
 
 

Dalam Pahit Ada Manis!

Assalamualaikum  wbt...













Kadangkala dalam hidup ni tak semua yang ingin kita inginkan kita kecapi dengan mudah. Kadangkala, tatkala kesenangan yang kita nikmati tiba-tiba jiwa tersentak pabila kesulitan datang menerpa.Tetapi, kita hampir terlupa pada saat itu, ujian dan kesusahan yang datang kepada kita itu adalah tanda kasih sayang Sang Pencipta  dalam menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Malah, tatkala kesusahan yang kita rasakan itu, kita hampir terlupa mungkin disaat itu ada lagi insan yang lebih susah dari kita. Teringat saya sepotong ayat Al-quran di dalam surah Al-Ankabut yang bermaksud :

"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)
 
 Jadi sahabat-sahabatku sekalian, usahlah merasa takut dan sedih. Yakin, yakin dan yakinlah dengan janji-janji Allah di dalam Surah Muhammad yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman,! Jika kamu menolong Agama Allah, nescaya Dia akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu"47:7
    Akhir kalam, semoga kita  sentiasa terus kuat dalam meneruskan liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ini. Jika kau rebah, bangkitlah semula kerna perjuangan ini masih panjang dan perlu diteruskan walau badai datang melanda.\

 Wallahua'lam...


                                                   La takhaf wala tahzan!






You Are My Friend!

Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh..
  
 
 

    Insya Allah, pada entry kali ini saya nak kongsikan sedikit pengisian yang begitu sinonim dalam kehidupan kita yang bergelar hamba Allah. Hah,  mesti korang tertanya - tanya kan ? Cer teka, cer teka? Alamak, nilah akibat dek pengaruh filem hingga terpraktik dalam blog, maaf ye kawan-kawan.Hehe...Beberapa minggu yang lepas, terdapat pelbagai mehnah dan tribulasi yang menimpa diriku yang kerdil ini. Biasalah kan, ujian tu tak lari dari kita yang bergelar hamba Allah ni. Bak kata ustaz saya kat sekolah menengah dulu "ujian tu tarbiyah dari Allah, Dia nak uji setakat mana kesabaran kita dalam menghadapi ujian tersebut sekaligus memberi peluang kepada kita dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Setiap ujian setiap orang tu berbeza- beza. Ada orang ditimpa ujian dengan kematian orang yang disayangi. Ada juga orang yang ditimpa ujian perasaan. Ujian perasaan nilah yang amat mencabar sekali sebab menguji kesabaran kita. Tapi, hadapilah ujian tersebut dengan tabah, kerna disana mungkin tersingkap seribu satu hikmah yang ingin Allah SWT tunjukkan kepada kita. 
 



 
 
Kadangkala dalam kehidupan seharian kita ni, kita juga diuji dengan persahabatan bersama sahabat. Subhanallah, sungguh manis ujian tu walaupun awalnya begitu pahit kurasakan. Tatkala, kita terguris hati dengan sahabat karib kita, cubalah kita berlapang dada dengannya. Saya teringat tiga peringkat ukhwah yang saya perolehi melalui pengisian dalam usrah  di sekolah dulu iaitu pertama ialah اثار yang bermaksud mementingkan sahabat melebihi keperluan diri sendiri. Ithar ni juga merupakan  peringkat  ukhwah  yang paling tinggi Kedua ialah سلامة الصدر iaitu berlapang dada dengan sahabat. Dan peringkat  ukhwah yang terakhir ialah حسن الظن yang bermaksud bersangka baik. Ia juga merupakan peringkat ukhwah yang paling rendah sekali.

 Bercakap soal sahabat, teringat saya tentang kisah -kisah Rasulullah SAW dan sahabat- sahabatnya. Sungguh indah sekali sirah Rasulullah SAW  ini andai kita hayati betul-betul. Antara kisah yang saya pernah baca dulu ialah tatkala Rasulullah SAW sedang bersembunyi di gua Hira' bersama  Saidina Abu Bakar , tiba-tiba muncul seekor ular dari lubang di dalam gua tersebut. Demi menjaga keselamatan Rasulullah SAW Saidina Abu Bakar menekup lubang tersebut tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Subhanallah, sungguh kasih dan sayang Saidina Abu Bakar kepada Nabi SAW. Jika kita berada dalam situasi tersebut, adakah kita sanggup melakukan sedemikian? 
 
Selain itu, kisah yang yang amat memberi kesan dan menyentuh jiwa saya ialah tatkala Rasulullah telah wafat bangkitlah Saidina Umar Al- Khattab lalu memberi amaran kepada penduduk Mekah dengan berkata " sesiapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah wafat , akan ku pancung kepalanya!" Subhanallah, begitu mendalam sekali kasih dan sayang Sidina Umar kepada Rasulullah sehingga tak dapat menerima pemergian Nabi SAW. Jadi sahabat-sahabatku sekalin, ayuh kita sama-sama cuba hayati dan amati sirah dan kisah persahabatan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Baginda ini agar kita dapat jadikan panduan dalam melalui liku-liku kehidupan bersama sahabat- sahabat kita yang tersayang. Wallahu'alam...






"Jatuh Bangkit Semula"


                                                              Assalamua'laikum....



                                                                        
 Kadangkala dalam hidup ni, tidak semua yang kita inginkan kita akan kecapi dengan mudah. Kita perlu melalui pelbagai mehnah dan tribulasi dalam memperolehinya. Namun, yakinlah sahabat, Allah sentiasa bersama hamba-hamba yang sentiasa mengingatiNya...

 Tatkala kita ditimpa musibah, usah kau sedih dan resah, wahai sahabat. Adulah kepada Sang Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambanya.

Yakinlah dengan janji-janjiNya..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Masanya akan tiba suatu hari nanti. Andai tidak kau kecapi impianmu pada hari ini, hari esok pasti kan menjelma. Yakin,yakin, yakin dan teruskanlah berdoa..Dan harus diingatkan agar doa itu perlulah diiringi dengan tawakal..

Allah berfirman dalam Q.S.An-Nisa’ : 81 yang bermaksud:
Dan tawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi pelindung. (Q.S.An-Nisa’ : 81 ).

Wallahua'lam...