Dan Demi Waktu...


Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah setelah lama menunggu dan menghitung hari akhirnya berakhir lah sudah peperiksaan untuk semester kali ini. Lega sangat- sangat. Setelah bermalam - malam bersengkang mata menelaah buku , akhirnya berakhir sudah detik itu. Tapi perlu diingatkan perjuangan untuk semester depan bakal menjelma. Perjuangan masih panjang dan tidak berhenti disitu sahaja. Lately, i'm always feel want to cook when i gonna back to home. Tak taw la kenapa membuak-buak perasaan nak masak ni. Memang la selalu masak bila balik. Tapi kali ni perasaan ni cam pelik je. Antara resepi yang saya selalu masak bila balik ialah...Hah, nak taw tak kawan-kawan? Cube teka? Takpe lah saya gtaw lah. Saya suke masak sambal telur. Actually, it is my favourite food! My mom teach me how to cook this kind of delicious food hehe..



Insya Allah balik ni saya nak masak sambal telur ni lah. Huhu cam tak sabar je nak balik. Takpe2 sabar2.. Ade bape hari je nak balik. Semoga Allah mudahkan segalanye.Emm, pulangnye juga saya ke tempah tanah air ku dengan berbekalkan azam dan matlamat yang baru. Semoga berjalan denga lancar dan dipermudahkan segalanya amin ya rabbana... Kawan- kawan pun doakan lah jugak ye. Syukran.. Sekadar di sini dahulu sahaja coretan saya buat kali ni. Wassalam, ilalliqo'.. :)
 
 

Ok Ke Tak Ok??







Assalamualaikum wbt...
 
 



 
 
 Topik yang seringkali menjadi bual bicara tatkala umur makin meningkat remaja. Juga topik forum yang pasti menambat hati siswa dan siswi tatkala poster ditampal di dada dinding dewan kuliah. Early marriage.. Kehadiran super senior ke teratak indahku memberikan satu jawapan yang tepat kepadaku tatkala persoalan yang seringkali berlegar di benak fikiran akhirnya terjawab jua akhirnya. 

Banyak pendapat tentang early marriage ni. Especially kahwin waktu belajar. Emm, ape kata mereka ye.Pendapat orang muda ni sudah tentu sekali berbeza dengan pendapat  orang lama kan. Macam-macamlah pendapat mereka ni. Antaranya, parents yang mungkin terkejut dengan keputusan anak mereka apabila mengambil keputusan  untuk kahwin awal ni akan memberi reaksi "Tunggulah abis belajar dulu. Nanti dah abis belajar baru kahwin." Tapi mungkin juga ade ibubapa yang berpendapat "Ok, xpe kahwin jela. Insya Allah semenye ok." Hurm...Mane satu yang ok ni ye? Hal macam ni lah yang seringkali menjadi dilema buat mereka yang bergelar siswa dan siswi yang ingin kahwin ketika belajar. Tapi, apabila ditanya "Kenapa awak  nak kawin awal ye?" Jawabnye "Saya  nak jaga hati ni.Risaulah asyik teringat je..huhu..." 
 
Actually, ade yang berpendapat kahwin bukanlah jalan yang tepat untuk menjaga hati. Hatta kita telah berkahwin sekalipun, hati tetap diuji dengan pelbagai ujian. Mungkin jodoh awal yang Allah telah kurniakan tu sebagai tanda kasih dan sayang terhadap hambaNya agar kita sebagai hambanya semakin mendekatkan diri kepadaNya. Bersyukurlah atas kurnian dan nikmat yang telah dikurniakan itu. Ingatlah setiap ujian dan dugaan yang dikurniakan Allah itu adalah sebagai tarbiah dariNya. Teruskanlah berdoa, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar dikurniakan yang terbaik buat kita dalam memimpin kita hingga ke syurga dan bersama-sama berjuang di jalan Allah. Amin...









Dalam Pahit Ada Manis!

Assalamualaikum  wbt...













Kadangkala dalam hidup ni tak semua yang ingin kita inginkan kita kecapi dengan mudah. Kadangkala, tatkala kesenangan yang kita nikmati tiba-tiba jiwa tersentak pabila kesulitan datang menerpa.Tetapi, kita hampir terlupa pada saat itu, ujian dan kesusahan yang datang kepada kita itu adalah tanda kasih sayang Sang Pencipta  dalam menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Malah, tatkala kesusahan yang kita rasakan itu, kita hampir terlupa mungkin disaat itu ada lagi insan yang lebih susah dari kita. Teringat saya sepotong ayat Al-quran di dalam surah Al-Ankabut yang bermaksud :

"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)
 
 Jadi sahabat-sahabatku sekalian, usahlah merasa takut dan sedih. Yakin, yakin dan yakinlah dengan janji-janji Allah di dalam Surah Muhammad yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman,! Jika kamu menolong Agama Allah, nescaya Dia akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu"47:7
    Akhir kalam, semoga kita  sentiasa terus kuat dalam meneruskan liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ini. Jika kau rebah, bangkitlah semula kerna perjuangan ini masih panjang dan perlu diteruskan walau badai datang melanda.\

 Wallahua'lam...


                                                   La takhaf wala tahzan!