Kata-kata Motivasi Penguat Semangatku!

Assalamualaikum wbt..

Hai semua apa khabar?Anda semua buat aktiviti apa cuti sekolah ni?Pastinya bila cuti sekolah ada yang pergi bercuti dan ada juga balik ke kampung menziarahi ibu bapa dan sanak saudara tercinta.Mungkin ada juga yang tidak bercadang kemana-mana dan hanya menghabiskan cuti di rumah sahaja bersama anak-anak dan family tercinta.Namun,dalam kita bersuka ria bercuti ni,jangan lupa untuk jaga kesihatan diri dan juga keluarga dalam keadaan cuaca yang agak panas sekarang.Pastikan anak-anak minum air secukupnya dan mengambil vitamin tambahan.

Kak Cah menghabiskan masa dirumah sahaja pada cuti kali ini disamping menguruskan aktiviti bisnes dari rumah.Alhamdulillah,Kak Cah sangat bersyukur dapat buat bisnes Shaklee dari rumah kerana dapat uruskan masa dengan fleksibel.Dalam kesibukan menguruskan anak-anak dan juga hal-hal rumahtangga,ramai yang menghubungi Kak Cah untuk dapatkan produk kesihatan Shaklee.

Kali ini Kak Cah nak berkongsikan satu kisah dan pengajaran dari pengalaman manis anak sulung Kak Cah iaitu Izzatul Insyirah ni.Masa cuti sekolah baru-baru ni,Insyirah mengambil peluang untuk belajar mengayuh basikal dan dibimbing oleh ayah serta saudara-mara nya.Al-kisahnya dah lama dah ayahnya belikan basikal untuk si Insyirah ni.Tapi,dia agak kurang berminat untuk belajar dan mengayuh basikal tu.

                                                       
                                                              
Insyirah dan basikal barunya..



Nak dipendekkan cerita,baru-baru ni sepupunya Farihah dah mahir dan pandai menunggang basikal dengan cekap sekali.Bila dilihatnya Farihah dan pandai menunggang basikal tu maka apa lagi lantas terus tercabarlah dia dan segera bersungguh-sungguh untuk belajar menunggang basikal.Alhamdulillah ramai yang memberi galakan dan membantu Insyirah menunggang basikal dengan baik.

Namun suatu hari, Insyirah ada mengadu kepada Kak Cah tentang reaksi daripada kawan-kawannya bilamana dia bercerita tentang pengalamannya belajar menunggang basikal.Kata Insyirah "Mak,kawan kakak kata eh.. awak baru pandai ke bawak basikal ni,"Pastinya ada terselit sedikit rasa sedih bilamana mendengar reaksi seperti itu daripada  rakan-rakannya,

Lalu Kak Cah pun cakap"Insyirah..Lambat memulakan sesuatu bukan bermaksud kita gagal dalam mencapai sesuatu kejayaan.Teruskan ajer usaha akak ni dan berlatih lah sehingga betul-betul mahir dan pandai."Bila mendengar kata-kata dari Kak Cah ni reaksinya berubah menjadi gembira dan mengambil keputusan untuk terus berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh.

 
                                                                 
Ramai yang support Insyirah belajar bawa  basikal..



Alhamdulillah,asbab usaha penuh tekad dan bersungguh-sungguh,Insyirah dah berjaya mengayuh basikal dengan mahir sekali.Allahu,sebak bercampur gembira bila Kak Cah melihat usaha anak Kak Cah ni.Inilah antara kata-kata motivasi yang pernah diajar oleh arwah abah Kak Cah juga suatu ketika dahulu.Pesan arwah abah,jangan sesekali menyerah dan teruskanlah berusaha.Kerana Allah sentiasa melihat setiap zarah usaha dan juga keringat yang telah kita curahkan dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Semoga anda semua yang membaca coretan Kak Cah ini mendapat pengajaran dan juga iktibar dari kisah anak Kak Cah ini.Ayuh teruskanlah melangkah dalam menuju ke puncak kejayaan!


#nextblogging
#blogmegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023





































 

0 comments:

Post a Comment