Isu Syria


                                                     Assalamua'laikum wbt.......


 


                                                           
    
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH

.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )

sekian,wallahua'lam...

Kem Kepimpinan Dinamik SMA Al-Ihsan, Kuantan, Pahang.




 Assalamua'laikum...


                                     
                                                      

                                                                  



     Pada cuti semester yang lalu saya dan sahabat- sahabat seperjuangan telah menghadiri Kem Kepimpinan Dinamik anjuran sekolah lama kami iaitu SMA Al-Ihsan, Kuantan. Kem ini diadakan pada 10 hingga 12 Februari. Program ini diadakan khusus untuk pelajar- pelajar yang memegang jawatan seperti pengawas sekolah, jawatankuasa asrama, Badan Dakwah dan Kebajikan ,Ketua dan Penolong Kelas serta  Pengawas Pusat Sumber.

        Antara objektif utama Kem ini diadakan adalah untuk memupuk  dan menerapkan sifat kepimpinan dalam diri setiap pelajar dalam menjalankan  tanggung jawab mereka di sekolah.Kami semua berasa sungguh terharu kerana pihak sekolah sudi untuk menjemput kami sebagai penggerak utama program ini. Terima kasih guru-guru kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kami.

      Selain itu, kami juga berpeluang berkongsi pengalaman bersama adik- adik dan memberi serba sedikit tunjuk ajar kepada mereka dalam memimpin tampuk kepempinan sekolah. Jadi, sepanjang program ini, saya dan sahabat- sahabat sempat mengambil gambar buat tatapan kenangan bersama. Kami berasa sungguh sedih apabila terpaksa berpisah dengan adik-adik apabila selesai majlis penutup. Namun begitu, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Insya Allah, semoga kita akan bertemu lagi di dalm program- program akan datang amin...Dibawah ini saya kongsikan bersama anda semua potret -potret kenangan terindah sepanjang progrm berlangsung. Wassalam...
            
                                                                       trade-mark
                                                              


                                                                       
                                                           


                                                                     






                                                                      
                                                                      
                                                                             
                                                                       
                                                                        

                                                                
                                                                  
                                                                  

"Iman 20 Sen"



                                                      Assalamua'laikum wbt.....



     

  
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermanfaat!



                                                               Anta Ya Habiballah...

Salam Imtihan...



   Pejam celik pejam celik dah tiba saat yang ditunggu iaitu fatrah menghampiri peperiksaan. Dikesempatan ini sya nak ucapkan selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua sahabat saya yang mengenali diri ni. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf dari kaian semua jika ada salah and silap selama we know each other. Andi ada terkasar bahasa ke, terkurang ajar ke harap diaiampunkanlah. Ok sekadar ini sahaja coretan ringkas saya. Hopefully we will spend our time wisely before the examination! Ok guys, i leave you all with Arabic term "من جد وجد ومن زرع حصد"


9 Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki....


Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.


2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.


3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.


4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.


5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.


6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.


7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.


8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.


9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain

.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri

Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/#ixzz1gks2gLXT

Untukmu Adam Dan Hawa....

Renung- renungkanlah bait-bait puisi di bawah wahai sahabatku sekalian....


                                                          
                                                        
 

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
 
Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
 
Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati                                              




Hawa...


Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
 
Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
 
Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.







Adam..

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
 
Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
 
Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
 
Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
 
Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.



Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

                                    

 
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.
                                          

"Ikhlas Itu Indah!'

 Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah, berhabuk dah blog ni..malu lah  kat jiran tetangga...Huhu, dah berape minggu dah tak update blog ni. Nak kata sibuk, sibuk lah jugak hehe. Alhamdulillah, kali ni Allah kurniakan cetusan idea  untuk saya coretkan disini buat kali ni.

  Sungguh pantas waktu  berlalu. Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 11 dah ye. Masih saya ingat tatkala di saat nak melangkah naik ke bas Ekspres Transnasional  pada tanggal 8/11/2011 ayah berpesan kepadaku "Ingat, IKHLAS kan diri dalam menuntut ilmu ye kak..." Sungguh ringkas dan padat pesanan dari ayahanda ku. Bukan pada tanggal ni je beliau berpesan sebegitu kepadaku. Malah, setiap kali saya nak balik ke Usim, pasti butiran mutiara yang berharga keluar dari mulutnya buat anak perempuan sulungnya ini. 

                                                           
Kadang- kadang, saya pun selalu jugak tanya ayah " Abah, ade pape ke nak pesan ? Akak nak balik dah ni..." Ayahku pasti menjawab " Takde pape pun, just nak pesan IKHLASkanlah niat bila nak belajor tu..."

   Saya pun pelik, kenapalah ayah saya selalu pesan pasal ni je kat saya. Waduh2 kok rungsing bangat deh, hehe. Rupa-rupanya, ade seribu satu makna disebalik pesanan ayah saya ni.Kalau nak bicara soal ikhlas ni memang panjanglah hujahnya. Sampai esok pun tak abis.  Saya pasti, kawan-kawan semua dah selalu kan dengar hadis ni : Sabda Rasulullah SAW " Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

                         

   Hah,mendalam sungguh  maksud hadis ni kan. Ikhlas tu kita tak boleh  nilai dengan mata kasar. Ikhlas is subjective! Am I right friends?? Saya teringat satu kisah ni dimana disaat Syeikh Abdul Kadir Jailani menyampaikan ilmu kepada anak- anak muridnya, tiba- tiba air mata berjujuran di pipi mereka kerana mereka menerima ilmu yang beliau sampaikan dengan penuh iklhlas. Nah, betapa hebat penangan  ikhlas itu wahai sahabat- sahabatku sekalian! Ia hadir dari dalam hati yang tulus ikhlas dalam menerima sesuatu perkara. Tak boleh dipaksa-paksa. 

  Ibarat kita nak solatlah. Kalau dipaksa oleh ibu atau ayah untuk tunaikan solat, adakah ikhlas itu akan  lahir dari hati kita? Atau kita still buat ape yang parents kita suruh tetapi mesti dalam keadaan terpaksa. Subhanallah semoga kita dijauhkan daripada golongan tersebut. Firman Allah SWT  " "Sesunguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)." (QS. Az-Zumar: 2-3).  

     Jadi, kawan- kawan saya menyeru kepada diri saya dan kalian semua agar dapat mengikhlaskan diri di dalam melakukan sesuatu perkara. Ya, ia pasti sukar buat kita dalam memupuk ikhlas ni dalam diri masing-masing, tetapi belum cuba belum tahu kan?? That's normal. We are a human beings. Lets we try it together. Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT dan diredhaiNya...Amin ya robb....

                                                   
                                                 

Indahnya Ukhwah Dan Persahabatan!

Assalamualaikum wbt...




Bismillahirrahmanirrahim......




  Disaat aku termenung sendirian, aku  terkenang akan sebuah pertemuan bersama sahabat-sahabatku. Sungguh indah detik itu. Sungguh manis saat itu. Rentetan itu, ia memanggilku untuk mencoretkan bingkisan kenangan yang sukar dilupakan pada entry kali ini.




   Sahabat, masihku ingat saat pertemuan kita kali pertama. Walau tidak ku kenal dari mana asal- usulmu, walau tidakku ketahui siapa dirimu, namun demi sebuah ikatan yang satu telah mengikat hati kita. Moga persahabatan yang terbina ini kan kekal buat selama- lamanya hingga akhir hayat.




 Pengorbananmu buatku tak kan kulupa. Disaat aku kebuntuan , disaat aku kekeruan, disaat aku keresahan, kau hadir memberi semangat kepadaku. Moga ukhwah fillah yang terbina ini kan bersemi selamanya. Terima kasih duhai sahabat...
                                              
                                                       
                                                        
                                                    
  Firman Allah SWT di dalam Surah Al- Hujurat ayat 10 yang bermaksud "Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.




 Dikalaku teringatkan dirimu sahabat, ku cuba  amati dan cuba selami bait- bait lirik lagu dendangan Amar ini, Sungguh mendalam maksudnya....Terimalah khas buatmu sahabat... Wassalam


                                             
                                                 

Lirik Cebisan Kenangan - Amar

Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi kasihNya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Dtik waktu yang berlalu
Menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama
Saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi

Kita bersama memijak onak duri
Di tanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat
Dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuanNya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisa kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah
Ku harap berulang lagi

Kenapa Aku??

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim.....

  Pada satu pagi yang hening... Disaat aku sedang asyik menikmati keenakan nasi lemak, tiba- tiba datang seorang sahabat menyapaku.

 " Ecah. hari ni ana kene arrange satu tazkirah la kat surau..Bleh tak enti jadi pentazkirah untuk hari ni. "
Sedang asyik nasi lemak ku kunyah didalam mulutku, tiba- tiba aku tersedak!" Ape?? Nape ana?? Dah cube cari orang len ke??

                   Rezeki Allah buat hambanya....

Setelah kata-kata itu kuungkapkan, sahabatku menjawab, " Kalo tak enti sape lagi?? Bila lagi enti nak curahkan ilmu yang terpendam di dada tu??



Aku berfikir sejenak.  Betul jugak cakap kawanku ini. Subhanallah. Sungguh pantas tarbiyah Allah datang menyapaku. Aku teringat kata- kata Ustazku " Setiap hari kita mesti sumbangkan sesuatu untuk Islam!" Ungkapan ustazku itu telah menjentik fikiranku!

Aku juga teringat sepotong ayat Al-quran yang bermaksud "Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar" Surah Ali Imran:104

                       

Jadi, tanpa berfikir panjang aku setuju untuk menerima tawaran sahabatku itu untuk menyampaikan tazkirah di surau. Walaupun ilmu di dada hanya sedikit cuma, aku akan cuba juga untuk menyampaikan sesuatu kerna Sabda Nabi SAW " Sampaikanlah daripadaku walaupun  satu ayat"

Moga melalui wasilah ini aku dapat menunjukkan rasa kasihku kepadamu Ya Rasulullah. Moga dengan cara ini aku dapat meneruskan rantai- rantai perjuanganmu ya Rasulullah, Nabi-nabi dan sahabat sahabiah terdahulu... Aku amat merinduimu duhai Rasulullah....Wassalam ....

                         

"يا حبيب الله"

Assalamualaikum wbt...

    Hari ni memang full kelas. Lepas je abis kelas tutor tadawwuq adabiy saya dan rakan - rakan segera bergegas ke DKP 4 (Dewan Kuliah Utama ) untuk menghadiri kuliah bagi subjek Sirah Rasul pula. Alhamdulillah, ustaz Husban tak mulakan lagi pengajarannya.  Kali ini beliau mengajar dengan menayangkan video tentang dakwah Rasulullah SAW kpd kami. Sunnguh kreatif sekali Ustaz Husban. Beliau tampil dengan cara yang kreatif untuk menarik minat pelajar.


                                    


    Tatkala video tersebut  dimainkan saya  turut menghayati kisah yang ingin disampaikan melalui video tersebut. Saya cuba hayati. Saya cuba amati. Saya cuba mendalami. Subhanallah. Betapa tabah dan sabarnya dirimu duhai Kekasih Allah. Walau dicerca dan dihina oleh kaum Quraisy dalam menyebarkan dakwah, namun tidak pernah sekali Kau endah akan kata- kata mereka itu. Tetapi, dakwahmu terus disebar luas  tanpa rasa jemu dan penat.

    Ya Allah, semoga Kau jadikan kami setabah Kekasihmu ini. Walau dicerca dan dihina  dengan kata- kata kesat, namun dakwahmu tetap hebat . Ayuh rakan -rakanku. Ayuh kita bangkit dalam meneruskan usaha -usaha Baginda ini dalam menyebarkan dakwah islamiah . Ingatlah bahawa kita bukanlah pemulanya rantai- rantai perjuangan malah kita juga bukan pengakhirnya wallahua'lam....