Sentuhan Kreatif (Assignment 1)

  
Assalamualaikum wbt...
 
Alhamdulillah  setelah sekian lama memikirkan idea untuk dicoretkan di blog ni, akhirnya saya berjaya mendapat ilham untuk dikongsikan bersama anda semua.Kali ini saya akan membicarakan tentang sentuhan kreativiti anak muda yang tidak asing lagi di Malaysia bahkan beliau juga turut terkenal di peringkat antarabangsa saya kira.Siapa tidak kenal dengan vlogger Mat Lutfi anak kelahiran Kedah ini.

Curi gitar haram...Curi hati xpe...

Anak muda yang yang baru sahaja selesai menamatkan  pengajian Ijazahnya di Australia ini telah menghasilkan pelbagai video menarik yang berjaya menambat hati penonton. Video yang dihasilkannya sungguh bersahaja dan spontan menepati cita rasa anak-anak muda pada masa kini. Selain itu, videonya juga bertepatan dengan isu-isu semasa yang berlaku pada setiap hari.

                                                                    Kecelaruan maklumat....

   Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dalam menyampaikan sesuatu informasi dan maklumat. Mat Lutfi memilih vlog sebagai satu platform untuk berkongsi ideanya bersama-sma masyarakat yang terdiri dari pelbagai peringkat usia. Malah, beliau juga  turut membawa kita untuk bersama-sama berfikir bagi sesuatu isu yang  beliau ketengahkan.  Kadangkala lawak jenakanya yang membuatkan penonton tidak kering gusi menambahkan lagi kegilaan mereka terpaku di hadapan laptop.

                                                                   "Mami nak orang KL!"

    Jadi, pada pendapat saya penyampaian informasi melalui vlog ini  adalah sangat menarik.Setelah melihat contoh vlogger Mat Lutfi ini, ramai remaja-remaja di luar sana turut mencuba cara ini dalam menyampaikan cetusan idea mereka. Malah, ada juga yang memilih cara  untuk menyampaikan dakwah.Mekanisma dakwah pada hari ini sewajarnya mengikut arus globalisasi dan teknologi terkini.Para pendakwah di luar sana bolehlah memilih cara ini untuk menarik perhatian golongan anak muda dalam menerima pengisian dakwah mereka.

    Teringat pula saya dengan kata-kata seorang Ustaz ketika menuntut di sekolah menengah,"jika kita nak berdakwah kepada orang yang suka main gitar,kita kenalah pandai main gitar!" Masya Allah, sungguh menusuk kedalam kalbuku setelah mendengar kata-kata dari ustaz itu.Jadi, manfaatkanlah kemudahan teknologi maklumat yang telah disediakan ini dengan sebaik-baiknya. Bukan sekadar untuk menghiburkan hati dan membuat lawak kosong sahaja  tetapi  perlulah disertakan dengan input yang bermanfaat dan memberi kesedaran kepada masyarakat.Diharapkan agar  setiap perkara yang yang kita kongsikan melalui apa-apa pun mekanisme dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan kita diluar sana.Semoga usaha kecil kita ini dapat dijadikan saham diakhirat kelak. Amin...Sekadar disini dahulu coretan dari saya.Wassalam :)

Hari Jubah Mat Lutfi                       
                                                                
                                                                
                                                                            

                                                                    


Mandarin Oh Mandarin!

Assalamua'laikum wbt...

Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang dan ruang  kepada hambaMu ini untuk terus menyedut oksigen dan udara yang segar  pinjamMu ini. Sungguh tidak terkira nilainya nikmat pemberianMu ini Ya Allah.Semoga aku senantiasa bersyukur akan nikmatMu yang tak terhingga ni..

Subhanallah..Pejam celik, pejam celik tinggal satu paper je lagi nak habis exam.Huhu..Cepat sungguh masa berlalu kan.Subjek terakhir yang bakal aku dan sahabat-sahabat akan duduki pada 17/1/2013 ni adalah subjek Mandarin.Subjek ni menarik taw.Tapi kadang-kadang mencabar jugak.Huhu..sungguh menguji kesabaranku.Tapi akan ku gagahkan jua semangatku untuk buat yang terbaik bagi subjek ni demi mencapai satu matlamat. Semoga aku dan sahabat-sahabat dapt buat yang terbaik.Amin..Sekadar disini sahaja coretan dari ku..-Mujahidah Islamiah
 
 


My Beloved Parents!

Assalamualaikum wbt..
 
Alhamdulillah semester 5 telah melabuhkan tirainya.. Cuma sedang memerah keringat untuk menyiapkan cebisan-cebisan tugasan  terakhir yang begitu menguji keimanan ku buat sem ini...Tapi aku menganggapnya sebagai batu loncatan untuk terus maju kehadapan. 
 
 Aku juga memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah SWT kerna memberi kesempatan kepadaku untuk pulang ke kampung walau hanya beberapa hari. Akan ku cuba manfaatkan masa yang amat berharga ini dengan sebaiknya.Tenang tengok muka adik-adikku yang berseri-seri memperolehi keputusan cemerlang dalam PMR dan SMA baru-baru ni..Tahniah ye buat kalian semua. Teruskan perjuangan dalam mencapai mardhotillah. Bukan mengejar kejayaan dalam akademik semata-mata. Pesanan khas buat diri yang kerdil ini juga.
 
Banyak yang dibualkan dengan ibu tercinta pagi ni.Kalau boleh nak cerita kat mak semua benda yang berlaku dari awal sem hingga lah akhir sem .Ibu lah tempat luahan hati dan perasaanku.. Abah pun sama juga.Hehe.Jealous plak abah nanti tak mention namanya kat blog ni hehe. By the way, I feel so lucky to have both of perfect parents like you all. Love you all so much!

                                                                     Ma yang cun !


                                                                 Abah yang sporting!

                                     Nilah adik saya yg dpt 9A PMR,nama dia Asiah...comel tak hehe...


                                         Ha, ni  plak Osman,dia dpt Jayyid Jiddan in SMA...


Doakan anakmu ini agar menjadi mujahidah yang solehah dan kuat dalam memimpin ummah.Terima kasih juga buat abah and ma sebab mendidikku dari kecil hinngalah sekarang. Pasti cukup teruji dalam membesarkan kami hingga jadi orang yang berguna.Last but not least, tanpa kalian berdua tiadalah aku di dunia ini...Wallahua'lam :)
 
*Adik-adik yang len jgn jeles ye akak tak upload gambar korang...len kali akak citer  pasal korang plak yea...hehe luv you allzzz so much2 :)

Jalan Ini Plihanku...

Assalamualaikum wbt...
 
 
 "Jalan ini pernah ku impikan dahulu...
Di jalan ini juga dugaan datang menjentik ku..
Disaat diri alpa dan kaku...
Tak tahu kemana arah untuk dituju...

Jalan ini juga mengajarku erti kesabaran..
Jalan ini jugalah mendidik diriku erti pengorbanan..
Jalan  ini jugalah menyemai kasih sayang dan persahabatan...
Moga nilai ukhwah ini kan bertaut hingga ke untaian afnan..
 
Moga jalan ini kan ku selusuri walau ia berliku...
Moga jalan ini kan ku jelajahi walau  rintangan datang bertamu..
Moga jalan ini kan ku redahi hingga ke hujung waktu..
Moga jalan ini juga menemani penghujung  hayat hidupku...
 
 
 
 


 

 

Dan Demi Waktu...


Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah setelah lama menunggu dan menghitung hari akhirnya berakhir lah sudah peperiksaan untuk semester kali ini. Lega sangat- sangat. Setelah bermalam - malam bersengkang mata menelaah buku , akhirnya berakhir sudah detik itu. Tapi perlu diingatkan perjuangan untuk semester depan bakal menjelma. Perjuangan masih panjang dan tidak berhenti disitu sahaja. Lately, i'm always feel want to cook when i gonna back to home. Tak taw la kenapa membuak-buak perasaan nak masak ni. Memang la selalu masak bila balik. Tapi kali ni perasaan ni cam pelik je. Antara resepi yang saya selalu masak bila balik ialah...Hah, nak taw tak kawan-kawan? Cube teka? Takpe lah saya gtaw lah. Saya suke masak sambal telur. Actually, it is my favourite food! My mom teach me how to cook this kind of delicious food hehe..



Insya Allah balik ni saya nak masak sambal telur ni lah. Huhu cam tak sabar je nak balik. Takpe2 sabar2.. Ade bape hari je nak balik. Semoga Allah mudahkan segalanye.Emm, pulangnye juga saya ke tempah tanah air ku dengan berbekalkan azam dan matlamat yang baru. Semoga berjalan denga lancar dan dipermudahkan segalanya amin ya rabbana... Kawan- kawan pun doakan lah jugak ye. Syukran.. Sekadar di sini dahulu sahaja coretan saya buat kali ni. Wassalam, ilalliqo'.. :)
 
 

Ok Ke Tak Ok??







Assalamualaikum wbt...
 
 



 
 
 Topik yang seringkali menjadi bual bicara tatkala umur makin meningkat remaja. Juga topik forum yang pasti menambat hati siswa dan siswi tatkala poster ditampal di dada dinding dewan kuliah. Early marriage.. Kehadiran super senior ke teratak indahku memberikan satu jawapan yang tepat kepadaku tatkala persoalan yang seringkali berlegar di benak fikiran akhirnya terjawab jua akhirnya. 

Banyak pendapat tentang early marriage ni. Especially kahwin waktu belajar. Emm, ape kata mereka ye.Pendapat orang muda ni sudah tentu sekali berbeza dengan pendapat  orang lama kan. Macam-macamlah pendapat mereka ni. Antaranya, parents yang mungkin terkejut dengan keputusan anak mereka apabila mengambil keputusan  untuk kahwin awal ni akan memberi reaksi "Tunggulah abis belajar dulu. Nanti dah abis belajar baru kahwin." Tapi mungkin juga ade ibubapa yang berpendapat "Ok, xpe kahwin jela. Insya Allah semenye ok." Hurm...Mane satu yang ok ni ye? Hal macam ni lah yang seringkali menjadi dilema buat mereka yang bergelar siswa dan siswi yang ingin kahwin ketika belajar. Tapi, apabila ditanya "Kenapa awak  nak kawin awal ye?" Jawabnye "Saya  nak jaga hati ni.Risaulah asyik teringat je..huhu..." 
 
Actually, ade yang berpendapat kahwin bukanlah jalan yang tepat untuk menjaga hati. Hatta kita telah berkahwin sekalipun, hati tetap diuji dengan pelbagai ujian. Mungkin jodoh awal yang Allah telah kurniakan tu sebagai tanda kasih dan sayang terhadap hambaNya agar kita sebagai hambanya semakin mendekatkan diri kepadaNya. Bersyukurlah atas kurnian dan nikmat yang telah dikurniakan itu. Ingatlah setiap ujian dan dugaan yang dikurniakan Allah itu adalah sebagai tarbiah dariNya. Teruskanlah berdoa, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar dikurniakan yang terbaik buat kita dalam memimpin kita hingga ke syurga dan bersama-sama berjuang di jalan Allah. Amin...









Dalam Pahit Ada Manis!

Assalamualaikum  wbt...













Kadangkala dalam hidup ni tak semua yang ingin kita inginkan kita kecapi dengan mudah. Kadangkala, tatkala kesenangan yang kita nikmati tiba-tiba jiwa tersentak pabila kesulitan datang menerpa.Tetapi, kita hampir terlupa pada saat itu, ujian dan kesusahan yang datang kepada kita itu adalah tanda kasih sayang Sang Pencipta  dalam menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Malah, tatkala kesusahan yang kita rasakan itu, kita hampir terlupa mungkin disaat itu ada lagi insan yang lebih susah dari kita. Teringat saya sepotong ayat Al-quran di dalam surah Al-Ankabut yang bermaksud :

"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)
 
 Jadi sahabat-sahabatku sekalian, usahlah merasa takut dan sedih. Yakin, yakin dan yakinlah dengan janji-janji Allah di dalam Surah Muhammad yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman,! Jika kamu menolong Agama Allah, nescaya Dia akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu"47:7
    Akhir kalam, semoga kita  sentiasa terus kuat dalam meneruskan liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ini. Jika kau rebah, bangkitlah semula kerna perjuangan ini masih panjang dan perlu diteruskan walau badai datang melanda.\

 Wallahua'lam...


                                                   La takhaf wala tahzan!






Adik-Adikku Yang Comel!

               


                                                                     Mohd Khoidir

                                                                          Halimah

                                                                      Osman encem!

                                                                 Nor Syafiqah yg tegas!

                                                               Nor Asiah si tukang masak!

                                                                          Adik n Aziz


                                                                         Adik n oman....

Akak rindu kat korang seme!huhu.... Belajor elok2 ye adik2 akak sayang!
                                                                          

Doa Senjata Mukmin!

  

Assalamualaikum wbt.....



                                                                        


                                                     
            
                                                                               
                                                                              
                                                                                  


                                                                                 
                                                                                       
                                     







You Are My Friend!

Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh..
  
 
 

    Insya Allah, pada entry kali ini saya nak kongsikan sedikit pengisian yang begitu sinonim dalam kehidupan kita yang bergelar hamba Allah. Hah,  mesti korang tertanya - tanya kan ? Cer teka, cer teka? Alamak, nilah akibat dek pengaruh filem hingga terpraktik dalam blog, maaf ye kawan-kawan.Hehe...Beberapa minggu yang lepas, terdapat pelbagai mehnah dan tribulasi yang menimpa diriku yang kerdil ini. Biasalah kan, ujian tu tak lari dari kita yang bergelar hamba Allah ni. Bak kata ustaz saya kat sekolah menengah dulu "ujian tu tarbiyah dari Allah, Dia nak uji setakat mana kesabaran kita dalam menghadapi ujian tersebut sekaligus memberi peluang kepada kita dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Setiap ujian setiap orang tu berbeza- beza. Ada orang ditimpa ujian dengan kematian orang yang disayangi. Ada juga orang yang ditimpa ujian perasaan. Ujian perasaan nilah yang amat mencabar sekali sebab menguji kesabaran kita. Tapi, hadapilah ujian tersebut dengan tabah, kerna disana mungkin tersingkap seribu satu hikmah yang ingin Allah SWT tunjukkan kepada kita. 
 



 
 
Kadangkala dalam kehidupan seharian kita ni, kita juga diuji dengan persahabatan bersama sahabat. Subhanallah, sungguh manis ujian tu walaupun awalnya begitu pahit kurasakan. Tatkala, kita terguris hati dengan sahabat karib kita, cubalah kita berlapang dada dengannya. Saya teringat tiga peringkat ukhwah yang saya perolehi melalui pengisian dalam usrah  di sekolah dulu iaitu pertama ialah اثار yang bermaksud mementingkan sahabat melebihi keperluan diri sendiri. Ithar ni juga merupakan  peringkat  ukhwah  yang paling tinggi Kedua ialah سلامة الصدر iaitu berlapang dada dengan sahabat. Dan peringkat  ukhwah yang terakhir ialah حسن الظن yang bermaksud bersangka baik. Ia juga merupakan peringkat ukhwah yang paling rendah sekali.

 Bercakap soal sahabat, teringat saya tentang kisah -kisah Rasulullah SAW dan sahabat- sahabatnya. Sungguh indah sekali sirah Rasulullah SAW  ini andai kita hayati betul-betul. Antara kisah yang saya pernah baca dulu ialah tatkala Rasulullah SAW sedang bersembunyi di gua Hira' bersama  Saidina Abu Bakar , tiba-tiba muncul seekor ular dari lubang di dalam gua tersebut. Demi menjaga keselamatan Rasulullah SAW Saidina Abu Bakar menekup lubang tersebut tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Subhanallah, sungguh kasih dan sayang Saidina Abu Bakar kepada Nabi SAW. Jika kita berada dalam situasi tersebut, adakah kita sanggup melakukan sedemikian? 
 
Selain itu, kisah yang yang amat memberi kesan dan menyentuh jiwa saya ialah tatkala Rasulullah telah wafat bangkitlah Saidina Umar Al- Khattab lalu memberi amaran kepada penduduk Mekah dengan berkata " sesiapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah wafat , akan ku pancung kepalanya!" Subhanallah, begitu mendalam sekali kasih dan sayang Sidina Umar kepada Rasulullah sehingga tak dapat menerima pemergian Nabi SAW. Jadi sahabat-sahabatku sekalin, ayuh kita sama-sama cuba hayati dan amati sirah dan kisah persahabatan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Baginda ini agar kita dapat jadikan panduan dalam melalui liku-liku kehidupan bersama sahabat- sahabat kita yang tersayang. Wallahu'alam...






Hati Oh Hati!

   Assalamualaikum wbt...
 
 
Alhamdulillah hari kita diberi kesempatan oleh Allah SWT  untuk menghirup udara segar dan masih mampu bernafas seperti biasa.Sungguh tidak terhingga nikmat yang Allah berikan kepada kita ni kan kawan-kawan?Sesungguhnya Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Hari ni saya nak kongsikan sesuatu buat sahabat semua. Dah lama rasanya saya tak menulis.Alhamdulillah dapat juga idea akhirnya setelah sekian lama berfikir huhu..  Kadangkala bila kita duduk bersendirian kita merasa resah dan gelisah. Kita memikirkan apa lah yang tak kena ni?Apa lah yang aku dah wat salah ni? Lama sungguh kita berfikir sampai tak ketemu jawapannya. Sesungguhnya amatlah sukar nak jaga hati ni kawan -kawan. 





  




 
 
Kat sekolah dulu ustaz saya selalu  pesan, hati ni ibarat sehelai kain putih. Suci dan bersih tanpa dikotori oleh sebarang kekotoran.Tapi bila mana hanya sedikit kotoran sahaja yang mengotori kain tu, kawasan  yang putih tadi tak kelihatan lagi dan kita pasti akan mengfokuskan kepada kotoran tersebut. Jika dilihat kain yang putih bersih tu boleh diibaratkan seperti seseorang yang cukup sempurna peribadinya. Perfect!Tapi bila satu kesalahan  yang dia lakukan , pasti manusia akan melihat kepada kesalahannya yang satu itu dan menghiraukan seribu  kebaikan yang dia lakukan. Nah, itulah hati. Amat sukar untuk dijaga sahabat. Jadi, ayuhlah kita sama -sama menjaga hati kita agar tidak mudah dikotori . Kita juga perlu protect hati kita dengan menyediakan bahan pencuci yang berkualiti seperti zikir dan doa kepada Allah Taala agar hati kita ini dilindungi daripada sebarang kekotoran.Firman Allah SWT " Sesungguhnya dengan meningati Allah itu hati kn menjadi Tenang"
 





 

"Jatuh Bangkit Semula"


                                                              Assalamua'laikum....



                                                                        
 Kadangkala dalam hidup ni, tidak semua yang kita inginkan kita akan kecapi dengan mudah. Kita perlu melalui pelbagai mehnah dan tribulasi dalam memperolehinya. Namun, yakinlah sahabat, Allah sentiasa bersama hamba-hamba yang sentiasa mengingatiNya...

 Tatkala kita ditimpa musibah, usah kau sedih dan resah, wahai sahabat. Adulah kepada Sang Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambanya.

Yakinlah dengan janji-janjiNya..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Masanya akan tiba suatu hari nanti. Andai tidak kau kecapi impianmu pada hari ini, hari esok pasti kan menjelma. Yakin,yakin, yakin dan teruskanlah berdoa..Dan harus diingatkan agar doa itu perlulah diiringi dengan tawakal..

Allah berfirman dalam Q.S.An-Nisa’ : 81 yang bermaksud:
Dan tawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi pelindung. (Q.S.An-Nisa’ : 81 ).

Wallahua'lam...