Dakwah By Parodi... (Assingment 4)

Assalamua'laikum wbt...
Jika sebelum ini saya pernah menceritakan method dakwah melalui  vlog dan juga flashmob, jadi pada coretan pada kali ini pula saya akan berkongsi dengan rakan-rakan satu lagi medium dakwah yang menjadi pilihan daie pada hari ini dalam menyampaikan mesej dakwah mereka kepada masyarakat di luar sana.Pasti anda tertanya-tanya apakah medium yang saya maksudkan ini kan?  Medium dakwah yang saya maksudkan ini adalah video 'parodi'.
 
 
Mr. Bie...
   Medium ini menjadi pilihan Mr Bie , anak kelahiran negeri di bawah bayu, yang terkenal dengan pelbagai video parodinya yang menarik hati ramai penonton yang tertarik dengan hasil lagu ciptaannya. Kebanyakan lagu yang dihasilkannya ini adalah berdasarkan lirik lagu dari penyanyi tanah air yang diubah menjadi lirik yang berbentuk Islamik.Walaupun lirik lagu yang digubahnya itu diambil dari lirik-lirik lagu yang telah sedia ada, namun lirik-lirik tersebut direka semula berdasarkan mesej dakwah yang ingin disampaikannya. 
 
video
"Tak Terukir Di Bintang" 
 
Antara lirik-lirik lagu penyanyi tempatan yang telah beliau  hasilkan semula mengikut kreativiti sendiri adalah  seperti Terukir Di Bintang(Yuna), Sayang! (Shae),Kosong (Najwa Latif) dan lain-lain lagi. Kebanyakan video parodi yang telah beliau hasilkan telah dimuat turun ke dalam youtube.
Saya sungguh tertarik dengan method dakwah yang dipilih oleh Mr. Bie ini kerana ia agak santai dan dekat di hati mad'u. 
 
video
'Sayang-Shae'

0 comments:

Post a Comment