Islamic Film Is About Making of Ummah! (Assignment 8)

Assalamualaikum wbt...
 
 
 
 7 Petala Cinta mendapat perhatian ribuan penonton...
 
Saban tahun,kita dapat lihat banyak filem melayu pelbagai  genre yang telah dihasilkan oleh penggiat seni tanah air. Saya merasa kagum kerana  filem yang telah mereka hasilkan telah memberikan banyak pengajaran kepada penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.Malah, filem yang mereka  cuba ketengahkan juga adalah sejajar dengan isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.
 
Tambahan pula, saya juga merupakan  antara penonton yang meminati filem melayu. Justeru, ia menarik hati saya agar bukan sahaja menonton filem tersebut, tetapi pada masa yang sama cuba membuat penilaian tentang penghasilan sesuatu filem itu.Hal ini kerana,maaf jika saya katakan bahawa terdapat sesetengah filem yang dihasilkan bercanggah dengan syariat Islam.Jadi, ia menjadi tanggungjawab ibubapa dalam mendidik dan  mengawal anak-anak ketika menonton sesuatu filem itu.Kita bimbang jika unsur-unsur yang tidak sepatutnya diserapkan didalam pemikiran mereka tanpa disedari.
 
Salam Cinta...
Selain itu, saya juga berpendapat bahawa terdapat percampuran halal dan haram dalam sesuatu filem itu.Contohnya ialah berpegangan tangan antara lelaki dan wanita bukan mahram.Jadi,saya mencadangkan agar watak suami isteri itu dilakonkan oleh pasangan pelakon yang sudah berkahwin.Ataupun, jika watak itu dilakonkan oleh pelakon yang bukan suami isteri,elakkanlah babak berpegangan tangan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.
 
Alangkah indah dan cantiknya Islam kerana memelihara pergaulan antara  lelaki dan perempuan daripada perkara yang melanggari hukum syarak.Ia menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim dalam menerapkan unsur islamik dalam filem melayu.Pembikinan filem Islamic merupakan salah satu inisiatif dalam membina sebuah ummah hebat disamping menerapkan elemen dakwah untuk mendidik masyarakat di luar sana.
 
Filem KCB yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat...
 
Antara filem Melayu yang mempunyai elemen dakwah ialah filem 'Ketika Cinta Bertasbih' yang dihasilkan oleh Saudara Chaerul Umam, pengarah filem dari Indonesia beberapa tahun yang lalu.Filem ini dilakonkan oleh barisan pelakon hebat yang terdiri daripada Oki Setiana Dewi,Kholidi Asadil Alam,Alice Norin, Andi Arsyil Rahman, Deddy Mizwar, Niniek L. Karim, Dude Herlino, Asmirandah, Aspar Paturusi, Neno Warisman, Nungki Kusumastuti, dan Meidiana Hutomo.Filem yang diadaptasi daripada novel 'Ketika Cinta Bertasbih ini telah ditonton oleh hampir 1.5 juta orang.

Kesimpulannya, ambillah pengajaran dari setiap filem yang kita tonton.Buatlah penilaian ketika sedang menonton sesuatu filem itu.Amatlah rugi jika kita menonton filem tanpa mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.Akhir kalam,pembikinan sesuatu filem itu  dihasilkan adalah bukan semata-mata  untuk memuaskan hati penonton, tetapi ia merupakan satu misi utama dalam mendidik masyarakat serta melahirkan ummah yang cemerlang,gemilang dan terbilang  kelak, insya Allah.
 

0 comments:

Post a Comment