Sentuhan Dakwah Melalui Drama (Assignment 7)

Assalamualaikum wbt...

 
Warkah Cinta...
    Sejak belakangan ini, terdapat banyak drama yang dihasilkan oleh penggiat seni di negara
 kita. Namun, kadangkala drama yang kita tonton di kaca televisyen  ada kekurangan dari segi aspek unsur dakwah yang diserapkan di dalamnya. Justeru, ia menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam yang cakna akan kepentingan ini perlulah kehadapan dalam menghasilkan drama berunsurkan dakwah.

           Ia amatlah penting kerana bukan sahaja untuk menyampaikan mesej dakwah, tetapi pada masa yang sama kita juga memainkan peranan untuk mendidik masyarakat melalui medium ini.
    Jika sebelum ini saya pernah membicarakan medium dakwah melalui vlog,flashmob,video parodi dan juga facebook, jadi pada kali ini saya akan membicarakan unsur dakwah yang diterapkan di dalam lakonan drama televisyen.

      Terdapat banyak drama yang telah dihasilkan oleh penggiat seni tanah air.Antara drama yang saya sempat tonton ialah drama berjudul 'Warkah Cinta'.Saya pasti ramai yang telah menonton drama yang telah diadaptasi daripada sebuah novel 'Warkah Cinta Berbaur Syurga' hasil nukilan Ustaz Ubaidullah Alias.
 
 
      Drama ini mengisahkan tentang percintaan  antara Wardah  dan Amir Mukhriz, lakonan mantap Imam Muda Nazrul dan Heliza.Lakonan mereka telah berjaya menarik perhatian ramai penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.Pada pemerhatian saya, drama ini amat sesuai ditonton oleh para remaja yang tidak dapat lari daripada perasaan ingin bercinta. Ia juga sesuai ditonton oleh para ibubapa dalam menangani dan mendidik anak-anak mereka yang terlibat dengan percintaan berlainan gender.
       Sutradara drama ini, Ustaz Ubaidullah Alias telah menerapkan pelbagai mesej dakwah di dalamdrama ini. Antaranya mesej dakwah yang diterapkan di dalam drama ini ialah ketika Wardah ditemani oleh ibunya yang  ingin berjumpa dengan Amir Mukhriz sebelum dia berangkat ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran. Mesej dakwah yang ingin disampaikan disini ialah dilarang untuk berdua-duaan lelaki bukan muhrim kerana ia akan menimbulkan fitnah kepada mereka.Justeru, ibubapa perlulah memainkan peranan penting dalam mengawal anak-anak mereka daripada terjebak dalam perkara yang melanggar syariat Islam.
    Secara tuntasnya, drama elemen dakwah amatlah perlu diterapkan di dalam setiap drama yang ingin dihasilkan demi kepentingan dalam menyampaikan mesej dakwah dan mendidik masyarakt di luar sana.Walahua'lam.

0 comments:

Post a Comment