Assalamualaikum wbt...
Cuti semester tahun ni amat bermakna buat diriku. Dapat jugak berpuasa ngan family. Kalau sem lepas xde peluang pun nak puasa ngan family,sedih sgt huhu. Xpe Allah nak uji kesabaran kita lah tu. Betol x. Sesungguhnya Allah bersama orang- orang yang sabar. Kadang- kadang kerap kali mak call aku tanya "Akak bila nak balik Kuantan?"Huhu...sebak aku dengar panggilan dari mak ni. Aku pun cuba menjawab soalan mak tu untuk menyejukkan hatinya "Insya Allah xlame lagi akak balik lah k...Emmm mak ade nak pesan pape tak?" Sudah menjadi kebiasaan kepadaku untuk membawa buah tangan pulang ke kampung sebagai "denda" lama xblik umah. Mak memang dah taw taktik aku ni. Mesti nak pujuk hati dia.Hehe...
Alhamdulillah, tahun ni dapat jugak berpuasa dengan family. Tak taw nak cakap cam mane betapa gembiranya hati ini. Syukur Ya Allah di atas nikmat dan kurniaanmu ini. Aku teringat Firman Allah di dalam Surah Ibrahim Ayat 7 yang bermaksud "Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur , nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) , maka pasti azab-Ku sangat berat" Demikianlah betapa kasihnya Allah kepada hamba-hambanya yang bersyukur dan menurunkan seksaan kepada mereka yang ingkar. Walaupun kadangkala kita terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah tetapi Dia tetap mengurniakan rezeki kepada hamba- hambanya. Jadi, apakah yang harus kita lakukan sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah? Pernah tak kita fikirkan Apakah yang telah aku lakukan sebagai tanda terimah kasihku kepada Allah?Renung2kanlah sahabat...
Ramadhan pada tahun ini bertambah indah lagi dengan pengisian tadarus Al- quran bersama mak cik- cik di masjid kampungku. Terima kasih kepada Ustazah Salmah dan Ustazah Hamidah kerana mempelawaku untuk join group tadarus diorang. Actually, rasa gak segan nak join diorang ni. Nk ke diorang terima aku nanti? Kalo salah baca nanti malu jge dpan mak cik2 ni...Huhu...Pelbagai persoalan bermain di fikiranku ini. Aku cuba meminta pandangan dari ibubapaku. Alhamdulillah, diorang support 100 %. Eh, pelik pulak ayah aku ni? Bukan senang nak dapat permission join program2 cmni. Xsangka plak lepas kali ni.Syukur...Maklumlah, anak perempuan xelok selalu keluar rumah. Tapi dah menda baik xkan diorang nak halang kan. Janji jangan balik lewat sudah la.
Pada waktu pagi yang hening itu, aku menggagahkan kaki untuk memandu motosikal kepunyaan ayahku menuju ke masjid. Walaupun ada sedikit perasaan trauma jatuh dari motor sebelum ini, aku kuatkan juga semangat demi menuju satu matlamat. Apabila tiba di depan masjid, kedengaran suara orang sedang mengaji. Aku memberi salam dan segera masuk ke dalam masjid.Ramai jugak mak cik2 ni. Jam di tangan menunjukkan pukul 8.30 pagi. Wow, awal betol diorang datang ye! Aku rasa dah paling awal aku datang ni.Xpelah, never mind. Esok mesti datang awal lagi ni. Sesekali kedengaran bisikan dari mereka " Eh, anak sape ni?"sambut mak cik yang lain "Nilah anak Ustaz Mohd Nor..." Huh, mujurlah ade jugak mak cik yang mengenali diriku....
Selesai bersalaman dengan mereka, aku duduk di sebelah Mak Cik Ramlah. Tadarus diteruskan dengan bacaan Al- quran dari Mak Cik Nab. Sepanjang tadarus itu, aku lihat pelbagai telatah dari mak cik2 ni. Kelakar sangat. Tak kering gusi ketawa dengan macam-macam ragam diorang. Xbleh nak cover2 dah gelak. Rasa jgk rase serba salah tergelakkan diorang.Bila mak cik2 ni gelak, so aku pun tergelak sekali la.Tapi, Mak Cik Dijah memulihkan keadaan dengan mengingatkan kami agar kembali serius. Tadarus diteruskan seperti biasa.
Aku juga belajar satu pengajaran dari Mak Cik Embun. Walaupun bacaannya kurang lancar, tetapi dia tidak berputus asa dalam membetulkan bacaannya itu. Dia juga sedikit pun tidak merasa segan dengan kehadiranku. Rakan- rakannya yang lain juga cuba untuk membantunya dalam membetulkan kesalahannya. Aku sungguh kagum dengan sikap mereka itu. Akhirnya, tiba giliranku untuk mengalunkan bacaan Al- Quran. Gementar juga rasanya. Maklumlah, first time baca quran depan mak cik2 yang berpengalaman ni. Diorang semua baca bertaranum. Malulah jugak baca xbertaranum ni. Tapi, xpelah diorang xkisah pun. Janji lancar bacaan. Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 12 tengahari. Selesai doa penutup dibacakan, kami bersalaman dan pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah selesai sudah dua juzuk hari ni walaupun diselangi dengan gelak ketawa dan gurau senda. Mak Cik Dijah menyuruhku agar mengajak rakan-rakan yang lain untuk mjoin tadarus ni. Insya Allah esok aku nak ajak kawan-kawanku dan harap dapat datang awal la dari diorang hehe... Ok lah kawan-kawan. Setakat ni la dulu coretan Kenangan Ramadhan dari saya buat kali ini. Semoga kawan-kawan dpt something dari coretan saya ini. k....Wassalam :)
0 comments:
Post a Comment