Dakwah Solat



  Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.


Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.


 

An Unforgettable Memories!

                                                  Assalamualaikum wbt....

    Alhamdulillah, at this moment I have something to write in my blog. Today, my cousins Hasnah and Rafidah  taught me how to make a traditional cake "Lidah Buaya". I'm not so sure whether it is very famous among the Malay peoples or not . But, my family love this unique cake so much. Actually, it is so difficult to make it, but never mind I had  learnt a new recipe from them  today.

                                             
                                                            Kuih Lidah buaya

    Bukan senang taw nak buat kuih ni. Bahan- bahannya nampak simple such as tepung gandum, planta ,garam, air dan telur,Tapi  bila sampai step nak uli tepung memang  perlukan banyak kesabaran. Ni kali kedua dah diorang ajar aku  wat kuih ni. Memang tak terkata betapa gembiranye perasaan diriku ini dapat luangkan mase bersame2 diorang! If I'm not mistaken, nilah first time diorang dapat berpuasa kat kampung. Kalau cam tahun-tahun yang lepas jgn haraplah diorang nak berpuasa kat kampung. Raye kedua or ketiga baru muncul diorang ni. Nak kate tinggal jauh tak lah jugak. Biasalah tu kita sebagai anak kalo nak pegi mane2 mesti dengan izin parents dulu kan. Kalau parents dah kata xbleh xkan kita nk gi jugak.

      Nilah kenangan manis bersama sepupuku  yang xdapat ku lupakan sampai bila-bila . Syukur Ya Allah, kerana Kau masih lagi mempertemukan kami walaupun sudah sekian lama kami tak berjumpa. Ku harap semoga aku menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatMu yang tak terhingga ini. Ramadhan semakin meninggal kan kita sahabat. Ayuh, kita sama- sama  manfaatkan mase yang berbaki beberapa hari lagi ni dengan melakukan ibadah dan mencari malam al- qadr.Ok lah kawan- kawan, saya rasa cukup sekadar ini dahulu coretan dari saya. Moga bertemu lagi dalam coretan akan datang Wassalam...

                                                            
                                                           
                                                                    

      
     


        

Ramadhan Yang Terindah...

 
                                                             Assalamualaikum wbt...

                                                               
                                                            
      Cuti semester tahun ni amat bermakna buat diriku. Dapat jugak berpuasa ngan family. Kalau sem lepas xde peluang pun nak puasa ngan family,sedih sgt huhu. Xpe Allah nak uji kesabaran kita lah tu. Betol x. Sesungguhnya Allah bersama orang- orang yang sabar. Kadang- kadang kerap kali mak call aku tanya "Akak bila nak balik Kuantan?"Huhu...sebak aku dengar panggilan dari mak ni. Aku pun cuba menjawab soalan mak tu untuk menyejukkan hatinya "Insya Allah xlame lagi akak balik lah k...Emmm mak ade nak pesan pape tak?" Sudah menjadi kebiasaan kepadaku untuk membawa buah tangan pulang ke kampung sebagai "denda" lama xblik umah. Mak memang dah taw taktik aku ni. Mesti nak pujuk hati dia.Hehe...

     Alhamdulillah, tahun ni dapat jugak berpuasa dengan family. Tak taw nak cakap cam mane betapa gembiranya hati ini. Syukur Ya Allah di atas nikmat dan  kurniaanmu ini. Aku teringat Firman Allah di dalam Surah Ibrahim Ayat 7 yang bermaksud "Dan ingatlah  ketika Tuhanmu memaklumkan 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur , nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari  (nikmat-Ku) , maka pasti azab-Ku sangat berat" Demikianlah betapa kasihnya Allah kepada hamba-hambanya yang bersyukur dan menurunkan seksaan kepada mereka yang ingkar. Walaupun kadangkala kita terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah tetapi Dia tetap mengurniakan rezeki kepada hamba- hambanya. Jadi, apakah yang harus kita lakukan sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah? Pernah tak kita fikirkan Apakah yang  telah aku lakukan sebagai tanda terimah kasihku kepada Allah?Renung2kanlah sahabat...

     Ramadhan pada tahun ini bertambah indah lagi dengan pengisian  tadarus Al- quran  bersama mak cik- cik  di masjid kampungku. Terima kasih kepada Ustazah Salmah dan Ustazah Hamidah kerana mempelawaku untuk join group tadarus  diorang. Actually, rasa gak segan nak join diorang ni. Nk ke diorang terima aku nanti? Kalo salah baca nanti malu jge dpan mak cik2 ni...Huhu...Pelbagai persoalan bermain di fikiranku ini. Aku cuba meminta pandangan dari ibubapaku. Alhamdulillah, diorang support 100 %. Eh, pelik pulak ayah aku ni? Bukan senang nak dapat permission join program2 cmni. Xsangka plak lepas kali ni.Syukur...Maklumlah, anak perempuan  xelok selalu keluar rumah. Tapi dah menda baik xkan diorang nak halang kan. Janji jangan balik lewat sudah la.

     Pada waktu pagi yang hening itu, aku menggagahkan kaki untuk memandu motosikal kepunyaan ayahku menuju ke masjid. Walaupun ada sedikit perasaan trauma jatuh dari motor sebelum ini, aku kuatkan juga semangat demi menuju satu matlamat. Apabila tiba di depan masjid, kedengaran suara orang sedang mengaji. Aku memberi salam dan segera masuk ke dalam masjid.Ramai jugak mak cik2 ni. Jam di tangan menunjukkan pukul 8.30 pagi. Wow, awal betol diorang datang ye! Aku rasa dah paling awal aku datang ni.Xpelah, never mind. Esok mesti datang awal lagi  ni. Sesekali kedengaran bisikan dari mereka " Eh, anak sape ni?"sambut mak cik yang lain "Nilah anak Ustaz  Mohd Nor..." Huh, mujurlah ade jugak mak cik yang mengenali diriku....

     Selesai bersalaman dengan mereka, aku duduk di sebelah Mak Cik Ramlah. Tadarus diteruskan dengan bacaan Al- quran dari Mak Cik Nab. Sepanjang tadarus itu, aku lihat pelbagai telatah dari mak cik2 ni. Kelakar sangat. Tak kering gusi ketawa dengan macam-macam ragam diorang. Xbleh nak cover2 dah gelak. Rasa jgk rase serba salah tergelakkan diorang.Bila mak cik2 ni gelak, so aku pun tergelak sekali la.Tapi, Mak Cik Dijah memulihkan keadaan dengan mengingatkan kami agar kembali serius. Tadarus diteruskan seperti biasa.

     Aku juga belajar satu pengajaran dari  Mak Cik Embun. Walaupun bacaannya kurang lancar, tetapi dia tidak berputus asa dalam membetulkan bacaannya itu. Dia juga sedikit pun tidak merasa segan dengan kehadiranku. Rakan- rakannya yang lain juga cuba untuk membantunya dalam membetulkan kesalahannya. Aku sungguh kagum dengan sikap mereka itu. Akhirnya, tiba giliranku untuk mengalunkan bacaan Al- Quran. Gementar juga rasanya. Maklumlah, first time baca quran depan mak cik2 yang berpengalaman ni. Diorang semua baca bertaranum. Malulah jugak baca xbertaranum ni. Tapi, xpelah diorang xkisah pun. Janji lancar bacaan.  Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 12 tengahari. Selesai doa penutup dibacakan, kami bersalaman dan pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah selesai sudah dua juzuk hari ni walaupun diselangi dengan gelak ketawa dan gurau senda. Mak Cik Dijah menyuruhku agar mengajak rakan-rakan yang lain untuk mjoin tadarus ni. Insya Allah esok aku nak ajak kawan-kawanku dan harap dapat datang awal la dari diorang hehe... Ok lah kawan-kawan. Setakat ni la  dulu coretan Kenangan Ramadhan dari saya buat kali ini. Semoga kawan-kawan dpt something dari coretan saya ini. k....Wassalam :)

Syoknya Berpersatuan!

                                                  Assalamualaikum wbt...



                                                       
                                                           
   Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memujuk hati ini untuk create blog buat julung kalinya dalam hidup...hehe...To tell you the truth, i'm not interested to create a blog...But, i try to persuade myself to do  it...Moreover, our beloved SPMM leader had encouraged us to do that. He said that it is a compulsory to every committee to create a blog..So guys,let's we try to do this  interesting task wholeheartedly..Actually, I don't have any idea to write at this momment, but I will try my best to share something with you k...
  
  Dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang mahasiswa kita seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti persatuan. Terdapat banyak kelebihan yang kita akan perolehi apabila menyertai persatuan ni... Firman Allah di dalam Surah As-saf ayat 4:"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusunkukuh."           
    
     Malah, Islam juga menuntut umatnya agar melibatkan diri dalam sebuah kumpulan atau jemaah dalam menyampaikan dakwah. Antara kelebihan melibatkan diri dalam persatuan ni ialah kita dapat mengetahui cara menguruskan organisasi dan memperolehi pengalaman dalam menganjurkan program. Selain itu, ia juga merupakan persediaan untuk kita dalam meningkatkan kemahiran insaniah sebelum masuk ke dalam masyarakat. Segala skill yang kita perolehi itu akan kita praktikkan apabila kita melangkah keluar dari alam kampus. Malah, masyarakat di luar sana amat memerlukan produk yang berkualiti dalam menerajui era globalisasi yang kian mencabar ini... Amboi mencurah- curah plak idea nk tulis ni tadi xtaw sgt nak tulis pe hehe...Ok rasanya tulah dulu coretan dan idea dari saya untuk percubaan yang pertama ni...Lain kali saya cari idea lagi ye untuk coretkan di sini sekian wassalam...