Dakwah Itu Indah! (Assignment 10)

Assalamualaikum wbt...
 
 
 Dakwah itu indah...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana saya masih lagi diberikan peluang dan ruang untuk berkongsikan tentang coretan dakwah di blog ini.Dan saya juga bersyukur kerana ini merupakan entri ke sepuluh saya dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.Saya harap penulisan blog ini akan berterusan  selepas ini untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat yang lain.

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan bersama sahbat-sahabat mengenai keindahan dan kemanisan dalam berdakwah. Seperti entri yang telah saya kongsikan sebelum ini ada membincangkan bahawa dakwah itu merupakan tugasan yang amat berat tetapi ia merupakan amalan yang amat mulia disisi Allah SWT.

Setiap orang pasti ada kisah dan pengalaman manis dalam melaksanakan misi suci ini.Sama ada menegur kawan-kawan yang bercouple, mengajak Mat Rempit menunaikan solat di masjid, menyuruh ahli keluarga agar menutup aurat dengan betul, dan sebagainya. Saya pasti perkara-perkara yang saya sebutkan tadi tidak semudah itu untuk dilaksanakan.Ia memerlukan keberanian dan keyakinan yang tinggi dalam melakukannya.Malah, kita juga perlu bersedia untuk menerima sebarang respon daripada mereka yang didakwahkan itu.Ia tidaklah semudah itu untuk menegur dan mengajak orang membuat kebaikan.

Bersahabat hingga ke syurga....

Saya juga mempunyai pengalaman seperti situasi-situasi di atas.Ketika berada di tingkatan 6, saya pernah 
 berkawan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah disiplin diri. Pada ketika itu, rakn-rakan yang lain melarang saya untuk mendekatinya kerana dibimbangi saya juga akan mempunyai masalah disiplin diri sepertinya.Tetapi hati dan naluri saya berkata agar cuba untuk mendekatinya untuk mengubahnya dirinya menjadi lebih baik.Jadi,saya pun berkawan dengannya dan cuba untuk memahami dirinya.

Pada mulanya, saya agak sedikit ragu untuk mendekatinya tetapi saya yakin bahawa Allah akan embantu hambanya yang berniat untuk membuat kebaikan.Maka, saya cuba untuk mengajaknya menunaikan solat di surau.Malangnya, ajakan saya ditolak buat kali pertama. Saya tidak berputus asa dan terus mengajaknya untuk ke surau pada hari berikutnya.Alhamdulilah, pda hari yang lain hatinya terbuka untuk mengikut saya ke surau.
 

 Jalan dakwah penuh liku...

Kami bekawan amat rapat sekali hingga menibulkan kehairanan teman-teman yang lain.Saya tidak hiraukan apa yang mereka perkatakan dan terus berkawan dengannya.Maka dipendekkan cerita,pada suatu hari sahabat saya itu mengajak saya keuar ke bandar untu bertemu kawan baiknya.Apabila saya bertanya, kawan lelaki atau perempuan?Dia tidak menjawab.Apabila tiba dibandar alangkah terkejutnya saya bahawa kawan yang dia maksudkan itu merupakan rakan lelaki sekelas saya ketika di  tingkatan lima dahulu.Jadi, saya tanpa berfikir panjang memarahi mereka berdua kerana mereka berdua bercouple.

Kawan saya amat marah sekali atas tindakan melulu saya itu lalu pergi meninggalkan saya.Saya mencarinya dan meminta maaf atas teguran saya yang tidak beretika itu. Pada saat itu baru saya sedar bahawa perlu ada cara yang baik dalam menegur orang yang melakukan kesilapan.Saya sedar akan kesilapan saya itu dan cuba untuk membetulkannya.Pada saat itu, saya sedari bahawa alangkah indahnya dakwah itu kerana didalamnya terselit sentuha tarbiah dalam menegur diri saya yang alpa ini.Wallahua'lam.Semoga perkongsian saya ini dapat dijadikan iktibat buat anda semua

0 comments:

Post a Comment