Dakwah Rasulullah SAW (Assignment 6)

Assalamualaikum wbt...
 
 
 
Dakwah itu indah...

Apabila kita berbicara mengenai dakwah pasti pelbagai gambaran bermain di fikiran kita.Mungkin bagi mereka yang sering mendengar perkataan dakwah ini, apa yang terpancar di fikiran mereka ialah seorang Ustaz sedang mengajak anak-anak muda yang melepak di tepi jalan untuk menunaikan solat di masjid.Ataupun mungkin juga mereka menggambarkan seorang ustazah yang sedang menasihati remaja wanita di luar sana agar memakai tudung serta berpakaian mengikut syariat yang digariskan oleh Islam.
 
Namun, apa pula yang digambarkan oleh golongan yang tidak pernah mendengar perkataan 'dakwah' ini ya?Jadi, dakwah ini bermaksud mengajak, atau seru.Atau dalam maksud yang lain pula membawa erti  mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Terdapat banyak ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang kepentingan dakwah.Antaranya ialah Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar"Ali-Imran:104
 
   Terdapat banyak kisah para  anbiya' yang boleh kita jadikan tauladan sebagai panduan dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. Antara kisah yang menarik hati saya  ialah kisah Rasulullah SAW  berdakwah kepada seorang pengemis yahudi yang buta matanya .Seperti kita sedia maklum bahawa Nabi SAW terkenal dengan sifat pemurahnya.Jadi, sudah menjadi kebiasaan kepada Rasullah SAW menyuapkan sepotong roti  ke mulut seorang lelaki tua berbangsa Yahudi pada setiap petang dipinggir kota Madinah. Tetapi alangkah sedihnya apabila Rasulullah dibalas dengan maki hamun oleh pengemis tua itu.
Jadi, setelah kewafatan Rasulullah SAW,Saidina  Abu Bakar datang berjumpa Saidina Aisyah dan bertanya"Apakah sunnah Rasululah yang belum aku lakukan?"Lalu Saidina Aisyah menjawab"Wahai bapaku sesungguhnya semua sunnah telah kau amalkan,tetapi ada satu perkara yang aku tidak boleh memberitahumu.Saidina Abu bakar berkata"Apa dia wahai Aisyah?""Rasulullah pada setiap petang akan membawa roti dan susu untuk disuapkan ke mulut pengemis Yahudi tua di pinggir kota."
 
Tanpa membuang masa, Saidina Abu Bakar pergi ke kota dengan membawa roti dan susu.Apabila tiba disana, alangkah terkejutnya Saidina Abu Bakar mendengar pengemis buta itu mengeluarkan kata-kata kesat "Celaka Muhammad,celaka Muhammad!"Maka,Saidina Abu Bakar mendekati pengemis itu lalu disuapkan roti ke dalam mulutnya.Apabila disuapkan roti itu, pengemis itu berkata"Kau bukan lelaki yang selalu menyuapkan makanan ke mulutku pada setiap petang.Lelaki yang menyuapkan makanan ke mulutku adalah dengan penuh kasih sayang!"Jawab Saidina Abu Bakar "Tahukah pak cik lelaki yang menyuapkan makanan ke mulut pak cik dengan penuh kasih sayang telah meninggal dunia!Dan lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW!Dialah yang pak cik maki setiap pagi dan petang dengan perkataan celaka Muhammad,celaka Muhammad!Maka pengemis tua itu menangis teresak-esak dan mengucapkan kalimah syahadah.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama mencontohi sunnah dan tauladan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.Seperti Sabda Baginda yang berbunyi "Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat.Renung-renungkanlah dan selamat beramal!
 
 Dakwah itu cinta!
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment