Tips Kurus Dengan Cepat Dan Selamat!
Assalamualaikum wbt..
Mempunyai berat badan yang ideal serta berjaya kurus dengan cepat dan selamat pastinya menjadi impian setiap wanita.Namun,ramai yang keliru apa yang harus dilakukan untuk mulakan proses turunkan berat badan ni.Pastinya dalam melakukan sesuatu perkara,kita haruslah mempunyai ilmu tentangnya agar apa yang kita lakukan itu mencapai target dan aim yang telah kita tetapkan.
Telah banyak cara dan ikhtiar yang dilakukan dalam proses menurunkan berat badan,namun masih lagi belum berhasil?Sudahnya,banyak wang ringgit yang telah dilaburkan dalam mencapai misi yang belum pasti.Tidak salah kita invest duit ni untuk kuruskan badan,tapi yang penting mestilah dengan ilmu dan cara yang betul.
Terdapat cara yang lebih mudah serta selamat diamalkan dalam proses untuk turunkan berat badan ni.Jom Kak Cah kongsikan dengan anda semua agar ia menjadi panduan buat anda yang sedang tercari-cari solusi dalam mencapai misi untuk kurus dengan cepat dan selamat.
5 Tips Kurus Dengan Cepat Dan Selamat
1.Kurangkan Pengambilan Gula
Sebagai rakyat Malaysia kita tak boleh lari daripada gula.Malah kebanyakan masakan kita banyak menggunakan gula.Pastinya ada yang tertanya-tanya apa kaitan gula dengan proses penurunan berat badan ni.Sebenarnya terdapat beberapa cara badan kita akan bertindak bila gula berlebihan dalam badan.Antaranya,makanan bergula ni tidak mengenyangkan dan menyebabkan anda cenderung untuk makan lebih banyak.
2.Minum Air Kosong Boleh Bakar Kalori
Ada kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa dengan meminum air kosong pada suhu bilik atau sejuk boleh meningkatkan pembakaran kalori.Dalam kajian tersebut juga mereka mendapati mereka yang meminum air kosong dapat membantu membakar 2-3 % kalori daripada biasa selepas 90 minit meminum air kosong.
3.Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Karbohidrat adalah sumber tenaga.Namun begitu pengambilan karbohidrat yang berlebihan akan meningkatkan berat badan akibat lebihan gula yang tidak digunakan,terutamanya jika mengambil makanan yang tidak seimbang dan tidak disertai dengan senaman.Karbohidrat yang baik ialah yang tidak diproses dan mengandungi serat yang tinggi contohnya seperti bijiran penuh,barli,oat dan quinoa.
4.Makan Lebih Banyak Protein
Untuk pengetahuan anda,protein ni boleh meningkatkan metabolisme.Selain itu ia juga boleh mengurangkan rasa lapar dan mengurangkan hormon ghrelin yang menyebabkan rasa lapar.Dengan pengambilan protein ia akan meningkatkan metabolisme anda dan meyebab- kan pembakaran 80-100 kalori pada setiap hari.Antara sumber protein yang baik ialah daging lembu,ayam,ikan,telur.susu,keju dan kekacang seperti soya.
5.Bersenam Dan Bersukan
Selain menjaga pemakanan , bersenam juga adalah cara yang baik untuk turunkan berat badan disamping menjaga kesihatan.Berjalan adalah senaman yang sesuai dilakukan bagi sesiapa yang yang ingin bermula bersenam.Ia tidak memerlukan alatan seperti di gym dan tidak membebankan anggota badan anda.Untuk permulaan anda boleh berjalan selama 30 minit,3-4 kali seminggu jika anda mampu.
Selain tips kurus dengan cepat dan selamat seperti diatas,Kak Cah juga ingin berkongsi cara turunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee.Tahukah anda disamping kita menjaga pemakanan dan juga bersenam,pengambilan suplemen yang sihat dan selamat juga turut membantu dalam proses penurunan berat badan.
Antara suplemen yang membantu proses penurunan lemak dalam tubuh adalah seperti Omega guard, soy protein (Cinch Shake/ESP),Herbalax dan juga Lecithin.
Fungsi Set Kurus Shaklee ni ialah seperti berikut:
Omega guard-Membantu membakar lemak dalam organ serta membantu turunkan kolestrol dalam badan
Cinch Shake-Membantu agar kenyang lebih lama serta mengurangkan nafsu makan.
Herbalax-Buang toksin dan lemak dari badan,menjadikan badan lebih ringan dan cergas.
Lecithin-Pengemulsi lemak dalam salur darah,membantu kurangkan sembelit,membantu penyerapan vitamin larut lemak.
Kak Cah harap semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam proses menurunkan berat badan serta kurus dengan cepat dan selamat.
Jika anda berminat nak membeli dan mendapatkan konsultasi Set Kurus Shaklee ni,anda boleh terus tekan ke link whatsapp yang telah saya sediakan dibawah.
Puan Nor Hafsah Mohd NorShaklee Independent Distributor:ID 1244985Contact:013-5612253
#nextblogging#blogmegaShaklee#ShakleeThrive2023#ShakleeTriumph2023
Bestnya set Hello New You ni. Jom kurus sihat sama2
ReplyDelete