5 TANDA-TANDA DIABETES PERINGKAT AWAL



Sejak kebelakangan ini kita dapati sebahagian masyarakat menghidapi penyakit diabetes atau juga dikenali sebagai kencing manis.Antara faktor yang dikenalpasti punca penyakit ini adalah faktor pengambilan makanan manis yang berlebihan dan mungkin juga faktor keturunan.
Penyakit kencing manis ataupun dikenali sebagai Diabetes mellitus merupakan  sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.





Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

·         Diabetis jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

·         Diabetis jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin iaitu penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetis jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan.Namun begitu,suntikan insulin pula diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit.

·         Diabetes Gestasi ialah diabetes yang dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes gestasi adalah mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.

 BAGAIMANA DIABETIS BOLEH TERJADI?

Ia terjadi apabila pankreas gagal berfungsi secara normal yang mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itu, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.
Terdapat sesetengah masyarakat yang tidak menyedari bahawa mereka telah mengidap penyakit ini tanpa disedari gara-gara faktor pemakanan yang tidak terkawal dan pengambilan makanan manis yang berlebihan.Penyakit ini juga menyebabkan kerosakan pada saraf dan merupakan antara punca utama kerosakan buah pinggang dan buta.

Justeru,sebelum ia menjadi semakin parah dan kian kronik  kita haruslah mengetahui dan cakna tentang tanda-tanda awal penyakit kencing manis pada peringkat awal agar kita dapat mengambil langkah berjaga-jaga.

Berikut merupakan tanda-tanda diabetes pada peringkat awal yang perlu kita ketahui:


1. KERAP DAHAGA DAN KERAP KENCING PADA WAKTU  MALAM
Antara tanda kencing manis yang paling biasa  dialami oleh pesakit diabetes ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula mereka kerap selalu ingin ke tandas untuk kencing.
Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2. BERAT BADAN MENYUSUT DENGAN DRASTIK
Pasti terdapat kemusykilan bagi pesakit kencing manis kerana mereka merasakan meraka dah makan macam biasa,tetapi berat badan menurun? Inilah antara tanda kencing manis.
Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.
3. JARAK PENGLIHATAN MENURUN
Jarak penglihatan yang semakin berkurang juga merupakan antara tanda kencing manis.Jangan kita fikir jika tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.
Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.
4. SERING KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI
Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.
5. LUKA YANG LAMBAT SEMBUH.
Luka pada salah satu anggota badan merupakan suata perkara yang perlu diambil kisah.Hal ini kerana,ia merupakan salah satu kebimbangan besar bagi kebanyakan pesakit diabetes.Jadi,apabila berlaku luka pada salah satu anggota segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang rapi kerana dibimbangi luka itu akan semakin merebak jika tidak dirawat dengan cepat.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.

KESIMPULAN


Akhir kata,jika anda mempunyai salah satu tanda penyakit kencing manis seperti diatas,segeralah pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor.Jangan terlampau mengambil sikap acuh tak acuh tentang hal ini kerana ia melibatkan kesihatan badan kita sendiri yang perlu dijaga dengan baik.


Selain itu,kita juga perlulah mengamalkan cara pengambilan makanan yang betul dalam kehidupan seharian.Jika kita sudah terbiasa dengan makan makanan manis,belajarlah untuk mengurangkannya dalan makanan kita.Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang tanda-tanda kencing manis dalam entry kali ini.Insya Allah saya akan kongsikan tentang info yang lain pula untuk entry akan datang. 

SUPPLEMENT TERBAIK MALAYSIA UNTUK KESIHATAN

Sejak akhir-akhir ini kita dilambakkan oleh pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan yang muncul bak cendawan tumbuh pada setiap hari.Semua pengusaha produk kecantikan dan kesihatan berlumba-lumba memberikan servis  dan layanan yang terbaik terhadap pelanggan mereka.Namun begitu,alangkah sedihnya kerana terdapat sesetengah pengusaha produk kecantikan telah menggunakan bahan kimia yang terlarang dalam produk mereka bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan.Hasilnya,yang menjadi mangsa adalah para pengguna itu sendiri.
Rangkain produk Shaklee


Justeru,sebagai pengguna kita  perlulah berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu tentang sesuatu produk sebelum menggunakannya.Hal ini kerana,yang merana itu adalah diri kita sendiri.Sebelum nasi menjadi bubur, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu.Bak kata pepatah "Dah terhantuk baru nak terngadah".Produk yang menjadi pilihan saya  ialah Shaklee.Saat pertama kali saya menggunakan produknya iaitu vitamin c saya dah mula jatuh cinta dengannya.Saya merasakan bahawa produk ini selamat dan yakin untuk digunakan..Haa,saya pasti masih ada lagi yang belum mengenali produk ni kan?Anda semua mesti nak tahu kan sebab apa saya memilih Shaklee ni sebagai produk kesihatan dan kecantikan.Haa,meh saya cerita kat korang semua.
Produk Pembersih Rumah
1)Profile company

Untuk pengetahuan korang semua,company Shaklee ni diasaskan oleh Dr. Forrest C Shaklee.Produk pertama yang telah beliau hasilkan ialah multi vitamin (vitalized minerals).Setelah 41 tahun vitamin tersebut dipasaran barulah beliau menubuhkan syarikat.Lihatlah betapa telitinya Dr Forrest dalam memerhatikan keberkesanan produknya terlebih dahulu sebelum membina syarikat sendiri.Sebab itulah produknya berusia hampir 100 tahun berbanding syarikatnya yang baru berusia 60 tahun.Shaklee juga merupakan Syarikat nutrisi semulajadi di Amerika Syarikat dan menjadi jenama paling dipercayai di dalam industri nutrisi.
2)Produk
Shaklee merupakan sebuah produk kesihatan yang mempunyai pelbagai rangkaian produk.Sejajar dengan tagline Shaklee itu sendiri Always Safe,Always Work and Always Green,Shaklee telah melaburkan hampir RM 1 BILLION  (USD 300 JUTA) dalam menjalankan ujikaji terhadap penyelidikan dan pembangunan.Sebab itulah produk Shaklee ni selamat dan yakin untuk digunakan tanpa ragu-ragu.Shaklee ni adalah antara syarikat yag cabar produk sendiri.Sehinggakan botol vitamin tu sendiri pon diorang buat kajian sama ada ia boleh masuk dalam mulut baby atau tak.Nampak tak betapa telitinya mereka dalam memastikan produk mereka ni selamat digunakan oleh pengguna.
Nutriwhite Shaklee
Apa yang dilakukan oleh Shaklee ni,tak semua sanggup dilakukan oleh company lain dalam melaburkan duit untuk melakukan ujian klinikal terhadap sesuatu produk.Lebih 100 000 ujian kualiti tahunan telah dilakukan oleh Shaklee dan hampir 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat bagi setiap bahan baru.Shaklee juga mempunyai lebih 65 orang saintis yang dilantik untuk menjalankan ujikaji terhadap produk yang mereka hasilkan.

3)Jualan berulang

Melalui produk Shaklee juga,kita boleh menjana pendapatan.Maklumlah,dengan zaman sekarang ni banyak perkara memerlukan duit.Jadi,Shaklee membuka ruang dan peluang yang seluasnya  kepada masyarakat untuk berbisnes dengan menjual produk-produk Shaklee.Apa yang menariknya ialah,Shaklee tak pernah culas dalam membayar bonus bagi setiap Pengedar Produk Shaklee yang telah bertungkus-lumus menjual produk Shaklee pada setiap bulan.Haaa,best ke best.
Jadi,apa tunggu lagi.Kepada anda yang tidak pernah mencuba lagi produk Shaklee ni meh lah pakat cuba.Pasti anda tidak kecewa dan akan berasa ingin mencubanya berkali-kali lagi.Kita semua pasti menginginkan kesihatan yang baik dalam melaksanakan tugasan seharian dan ia menuntut kita untuk mengambil supplement tambahan agar badan kekal sihat dan bertenaga.
Kepada anda yang berminat ingin membeli mana-mana produk Shaklee,ayuh dapatkannya dari ahli Superstarz family.Kerana apa?Kerana kami dibimbing oleh pakar nutrisi dan doktor yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam Shaklee.
#Superstarzfamily
#Shakleekuantan
0135612253(SID Hafsah)

Shaklee Collagen Powder

Pada asasnya collagen bukanlah satu  keperluan yang perlu kita ambil kerana ia  boleh diperolehi daripada haiwan seperti ayam ,lembu dan ikan.Tapi apa yang membuatkan penduduk moden pada hari ini memerlukan collagen tambahan adalah kerana haiwan-haiwan yang kita makan pada hari ini dimakan pada usia mereka belum matang.Mereka juga membesar dengan teknologi yang pantas dan ada yang disembelih dalam usia yang masih muda.Jadi,badan mereka ni tak sempat pun lagi nak ada collagen yang cukup tapi dah disembelih.Oleh sebab itulah ia bukan lagi menjadi satu pilihan tapi menjadi satu keperluan.


Gabungan 7 bahan aktif di didalam collagen powder Shaklee


Biasanya orang  menganggap bahawa collagen ni adalah khusus untuk kecantikan ,ketegangan kulit,untuk muda dan nampak cantik.Walhal,pada hakikatnya Allah Taala menjadikan  collagen ni adalah untuk kemandirian dan kesihatan sistem rangka kita.Hal ini kerana,di setiap sendi dimana tulang kita bertemu,disitu terdapat collagen yang membolehkan tulang itu bertemu tanpa berlaga .Jika tulang tu berlaga sakit sangat weh!Ia terdapat satu ruang yang diberi nama ligament yang didalamnya terdapat collagen.Ligament nilah yang membolehkan kita membengkokkan kaki,tangan,rukuk serta sujud.Apabila sesuatu berlaku pada ligamen ni,aktiviti-aktiviti yang disebutkan tadi dilakukan dengan tidak selesa.Ada orang tak mampu nak sujud dan rukuk sebab ligamennya dah menjadi keras.

Selain itu,collagen ni adalah satu stucture yang semakin menyusut selari dengan penuaan.Semakin kita berusia collagen makin menyusut.Sebab tulah kalau ada rasa sakit-sakit lutut,seseorang itu sedang melalui proses penuaan.Ia menjadi semakin kuat dan kenyal apabila disokong oleh vitamin c.Vitamin c menguatkan lagi collagen supaya lebih kenyal.Collagen ni sangat penting untuk tulang dan sendi.Hatta dalam solat pun kita kena pastikan lutut tu menyentuh lantai.Jadi,macam mana lah kita nak dirikan solat dengan sempurna bila sendi pada lutut tu tak berfungsi dengan baik.

Kenapa kita perlu pilih collagen powder Shaklee?

1-Collagen Shaklee diperbuat daripada sisik ikan merah laut dalam.
Terdapat isu yang timbul berkaitan kehalalan dan sumber sesuatu collagen itu diambil.Hal ini  kerana terdapat produk  collagen lain yang dihasilkan daripada  sumber yang tidak halal.Shaklee memilih sisik ikan merah laut dalam dan tiada keraguan untuk memakannya.

2-Saiz molecule collagen yang halus
Collagen merupakan satu  stucture protein yang besar dan kuat.Sebab itulah ia boleh menganjalkan pipi dan  kulit serta mengetatkan rahim.Dalam badan kita,ia susah diserap kerana ia daripada molecule yang besar.Ada sesetengah collagen diserap dan tidak diserap.Collagen yang tidak diserap akan pergi ke bahagian lain dan ia akan membentuk satu gumpalan collagen .Gumpalan collagen yang sangat banyak akan membentuk "MASS" yang dikenali sebagai ketumbuhan contohnya fibroid.
Justeru, prebiotik atau bacteria baik (juga dikenali sebagai Lactobacillus acidophilus) diletakkan di dalam Shaklee collagen powder  ini untuk membantu collagen masuk kedalam usus kita dan diserap sepenuhnya dengan sempurna.


Collagen powder Shaklee ni tak boleh diambil dengan air panas.Kerana dibimbangi akan memusnahkan bahan-bahan yang terkandung didalamnya.Ia sesuai  diminum dengan air suhu bilik.Collagen ni ia adalah seolah-olah supplement untuk tulang dan sendi.Namun begitu,Shaklee telah menambahkan vitamin c dan b-complex ke dalam collagen ni bagi memenuhi keperluan bagi mereka yang mengambil collagen untuk tujuan kecantikan.


Antara 7 bahan utama dia dalam collagen powder:

1)Sisik ikan merah laut dalam
2-Biji camellia Japonica
3-Brazilian ginseng
4-Ekstrak kulit kerangan laut
5-Lactobacillus acidophilus
6-Vitamin c
7-B-complex

Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan,pengambilan 4 kotak collagen powder dapat beri kesan yang baik kepada kulit.Berdasarkan kajian yang dilakukan, 80 % pengambilan collagen powder telah menghilangkan kedutan padat kulit dan 90% meningkatan  keserian pada wajah.

Jadi,apa tunggu lagi.Jom kita dapatkan collagen powder Shaklee ni beramai-ramai.Selain kesannya yang cepat,ia juga selamat untuk digunakan.Manfaatnya juga sangat baik untuk kesihatan tulang dan sendi selain untuk kesihatan kulit.

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang collagen powder Shaklee ni.Insya Allah saya akan kongsikan tentang supplement yang lain pula untuk entry akan datang.Sekian,wassalam...

Carotomax Shaklee

Carotamax merupakan vitamin yang  Shaklee hasilkan untuk memenuhi keperluan Vitamin A kepada manusia.Badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin A dengan sendirinya.Jadi,kita perlu mendapatkannya dari makanan.


.
.
Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin A ialah hati lembu,hati ikan serta susu yang diperkuat.
.
.
Vitamin A juga merupakan vitamin yang larut lemak.Isunya disini ialah,sumber makann yang kaya dengan Vitamin A ni banyak berkumpul  di liver yang mana didalamnya terdapat banyak toksin.Jadi, toksin turut bersama-sama makanan yang terkandung didalamnya vitamin A.
.
.
Selain itu,baru saya tahu antara faktor penyakit ulcer adalah disebabkan kekurangan vitamin A dalam badan.


.
.
🌼Kegunaan Vitamin A
1.Untuk penglihatan dan kesihatan mata
2.Untuk kulit yang cantik
3.Untuk pertumbuhan rangka
4.Untuk perkembangan janin yang sihat
5.Untuk kesihatan mucus membrane
Apa itu mucus membrane?
💕Ialah saluran lubang hidung sampai ke paru-paru.

🌼Manfaat  Carotomax
1.Mempertingkatkan penglihatan
2.Meredakan penyakit kulit
3.Menghalang infeksi
4.Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
Banyak manfaat Carotomax ni kan.Haa menarik ke menarik!
Untuk detail lebih mendalam tentang carotomax dan vitamin A ni, contact aje team 
#superstarzfamily!

#Buildbyme
#Superstarzfamily

B-COMPLEX SHAKLEE

Vitamin B-complex merupakan sekumpulan mikronutrien yang mempunyai stuktur yang sama tetapi tugasan mereka berbeza.B- complex sangat diperlukan oleh badan  manusia kerana badan  manusia tak dapat hasilkan molekule ini dgn sendirinya.Kita perlu perolehi stucture ini daripada makanan.Ia juga sangat sensitif dengan haba,tekanan,toksin dan alkohol.


Komponen B-complex terdiri daripada:
1.Tiamin(B1)
2.Ribo flavin(B2)
3.Niasin(B3)
4.Pentotenik acid(B5)
5.Pieredoxin(B6)
6.B12(Cabolamin)
7.Biotin(Paling mahal)
8.Folic acid
.
.
Yang menariknya,kelapan-lapan vitamin ini saling bekerjasama antara satu sama lain dalam badan untuk menghasilkan kesan yang maksimum.
.
.
Tapi apa yang paling penting ialah vitamin biotin dan folic asid.Ini kerana biotin datang dari sumber makanan yang paling mahal seperti almond dan walnut dan ia perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.
.
.
Manakala  folic asid pula kita biasa dengar ia penting untuk ibu mengandung sahaja kan?Tetapi ia juga sangat penting utk pertumbuhan sel seperti  kulit, darah dan rambut.
.
.


Antara fungsi komponen-komponen ini ialah:

1.Tiamin (B1)
-Tukar karbohidrat kepada tenaga
-Menentukan badan dan minda  dalam keadaan baik
2.Ribo flavin (B2)
-Bekerjasama dengan enzyme
-Membantu badan kita supaya maintain dengan system immune
-Perlu untuk pembinaan rambut,kuku dan mata yang cantik.
3.Niasin (B3)
-Membantu pembentukan sistem saraf
-Untuk penghasilan hormon seks
4.Pentotenik acid(B5)
-Meningkatkan immune system
-Mengurangkan stress
5.Pieredoxin(B6)
-Fokus kepada kesihatan wanita dan hormon seks
-Membantu agar period tak teruk
6.B12(Cabolamin)
-Mengawal selera makan
7.Biotin
-Penting untuk pulihkan enzyme
-Penting untuk metabolisme lemak
8.Folic acid
-Sangat penting untuk pembentukan telur
-Bekerjasama dengan B12 untuk pertumbuhan rambut,kulit dan darah.
.
.
Manfaat B-complex secara umum:

1)Akan slim down
2)Badan dapat jalankan detox dengan lancar
3)Kurang alahan
4)DNA sihat
5)Kurang masalah kulit
6)Meningkatkan kesuburan
7)Tidak menghadapi PMS yang keterlaluan
.
.
Kenapa anda perlu dapatkan B-complex Shaklee?
1.Kerana ia menepati kadar yang sepatutnya ada dalam kelapan-lapan vitamin itu.
2.Kerana ia mempunyai kadar biotin yang disarankan oleh WHO dan USRDA
.
.
Jadi,apa tunggu lagi?Moh ler kita dapatkan B-complex yang 'awesome' ni dengan segera!Pasti kesannya luar biasa.


#Buildbyme
#Supestarzfamily

Alfalfa Complex Shaklee Herba 1001 Khasiat Kaya Klorofil


ALFALFA  adalah antara produk Shaklee yang saya pernah  belajar dari  kelas kesihatan online dibawah tunjur ajar seorang mentor yang sangat berpengalaman.


Baaanyak sangat ilmu dan maklumat baru saya dapat tentang ALFALFA ni.Haa,jadi saya nak kongsikan lah dengan korang semua apa yang istimewanya tentang ALFALFA ni dan kelebihannya..Nak tahu tak?

ALFALFA merupakan produk signature Shaklee dan ia diberi nama 'medicago sativa' dalam bahasa saintifiknya.



Ia mempunyai akar yang sangat menjalar sehingga 20 kaki ke dalam tanah.Oleh kerana akarnya menjalar hingga ke 20 kaki kedalamannya,maka semakin banyak zat dan nutrien yang dapat diserap oleh alfalfa..

ALFALFA ni ditanam secara organik di tanah yang terletak di pedalaman California kerana tanahnya sangat subur.

Proses pembuatan alfalfa dilakukan secara semulajadi.Ia dikeringkan secara semulajadi melalui proses pengeringan.

ALFALFA mengandungi protein,klorofil,enzyme fiber,serta semua vitamin dan mineral.

Kelebihan ALFALFA

1)Melindungi diri dari kanser kerana badan kita bersifat alkali.

2)Alfalfa ada effect detox.Ia boleh mencuci hati dan darah.

3)ALFALFA bekerja di seluruh badan berbanding herbalax yang hanya bekerja dihujung usus.

4)Membantu mengurangkan alahan.
Contoh:Gegata

5)Menghilangkan bau badan,kurap,kayap dan ulat air.

6)Membantu improve keadaan perut.

7)Membantu serap lemak dan kolestrol

#Buildbyme
#SuperStarzFamily

'Kini Aku Kembali'





Alhamdulillah,setelah sekelian lamanya saya diberi kesempatan 'menjenguk' kembali blog yang ditinggal lama ni.Allahu robbi bersawang dan berhabuk sudah.Last update rasanya masa tengah belajar dulu..Hehe..Takpe,selagi ada masa kita cuba baiki ye.


Baru-baru ni saya ada join kelas product berkaitan product kesihatan Shaklee.Saya kira ia antara kelas online yang sangat mantap pernah saya join.Dalam kelas tu saya dapat belajar banyak ilmu baru tentang produk-produk Shaklee dan manfaatnya.

Pasti ada yang tertanya macam mana saya boleh terjebak dalam bidang ni kan.Saya mula mengenali Shaklee dengan sorang senior saya masa belajar di universiti dulu.Dia lah yang kenalkan saya dengan Shaklee.Sebelum ni memang dah ada consume vit c Shaklee.So,ingat untuk guna kegunaan sendiri je.Rupanya boleh jana pendapatan dengan Shaklee ni.

Jadi,setelah berbincang dengan suami saya mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam bisnes ni.Sejak mula lagi saya rasa sangat bertuah dapat join Group Shaklee ni sebab dalam group ni kita bukan sahaja dapat belajar baaaanyak product knowledge tapi disamping tu sahabat-sahabt dalam group sangat supportive.

Dalam bisnes Shaklee ni juga kami diajar cara marketing,cara nak close sale,product knowledge dan lain-lain lagi.Banyal sangat ilmu yang saya dapat dari group ni.

Antara 'big why' saya join bisnes Shaklee ni juga sebab saya nak capai impian-impian saya.Saya nak kongsikan kebaikan produk kesihatan ni dengan semua orang.Saya pasti di luar sana pasti ada yang mencari-cari antara produk kesihatan semulajadi ni.Semoga saya dapat lakukan yang terbaik dalam bisnes ni untuk capai semua impian saya.Ameen..

Dakwah Itu Indah! (Assignment 10)

Assalamualaikum wbt...
 
 
 Dakwah itu indah...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana saya masih lagi diberikan peluang dan ruang untuk berkongsikan tentang coretan dakwah di blog ini.Dan saya juga bersyukur kerana ini merupakan entri ke sepuluh saya dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.Saya harap penulisan blog ini akan berterusan  selepas ini untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat yang lain.

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan bersama sahbat-sahabat mengenai keindahan dan kemanisan dalam berdakwah. Seperti entri yang telah saya kongsikan sebelum ini ada membincangkan bahawa dakwah itu merupakan tugasan yang amat berat tetapi ia merupakan amalan yang amat mulia disisi Allah SWT.

Setiap orang pasti ada kisah dan pengalaman manis dalam melaksanakan misi suci ini.Sama ada menegur kawan-kawan yang bercouple, mengajak Mat Rempit menunaikan solat di masjid, menyuruh ahli keluarga agar menutup aurat dengan betul, dan sebagainya. Saya pasti perkara-perkara yang saya sebutkan tadi tidak semudah itu untuk dilaksanakan.Ia memerlukan keberanian dan keyakinan yang tinggi dalam melakukannya.Malah, kita juga perlu bersedia untuk menerima sebarang respon daripada mereka yang didakwahkan itu.Ia tidaklah semudah itu untuk menegur dan mengajak orang membuat kebaikan.

Bersahabat hingga ke syurga....

Saya juga mempunyai pengalaman seperti situasi-situasi di atas.Ketika berada di tingkatan 6, saya pernah 
 berkawan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah disiplin diri. Pada ketika itu, rakn-rakan yang lain melarang saya untuk mendekatinya kerana dibimbangi saya juga akan mempunyai masalah disiplin diri sepertinya.Tetapi hati dan naluri saya berkata agar cuba untuk mendekatinya untuk mengubahnya dirinya menjadi lebih baik.Jadi,saya pun berkawan dengannya dan cuba untuk memahami dirinya.

Pada mulanya, saya agak sedikit ragu untuk mendekatinya tetapi saya yakin bahawa Allah akan embantu hambanya yang berniat untuk membuat kebaikan.Maka, saya cuba untuk mengajaknya menunaikan solat di surau.Malangnya, ajakan saya ditolak buat kali pertama. Saya tidak berputus asa dan terus mengajaknya untuk ke surau pada hari berikutnya.Alhamdulilah, pda hari yang lain hatinya terbuka untuk mengikut saya ke surau.
 

 Jalan dakwah penuh liku...

Kami bekawan amat rapat sekali hingga menibulkan kehairanan teman-teman yang lain.Saya tidak hiraukan apa yang mereka perkatakan dan terus berkawan dengannya.Maka dipendekkan cerita,pada suatu hari sahabat saya itu mengajak saya keuar ke bandar untu bertemu kawan baiknya.Apabila saya bertanya, kawan lelaki atau perempuan?Dia tidak menjawab.Apabila tiba dibandar alangkah terkejutnya saya bahawa kawan yang dia maksudkan itu merupakan rakan lelaki sekelas saya ketika di  tingkatan lima dahulu.Jadi, saya tanpa berfikir panjang memarahi mereka berdua kerana mereka berdua bercouple.

Kawan saya amat marah sekali atas tindakan melulu saya itu lalu pergi meninggalkan saya.Saya mencarinya dan meminta maaf atas teguran saya yang tidak beretika itu. Pada saat itu baru saya sedar bahawa perlu ada cara yang baik dalam menegur orang yang melakukan kesilapan.Saya sedar akan kesilapan saya itu dan cuba untuk membetulkannya.Pada saat itu, saya sedari bahawa alangkah indahnya dakwah itu kerana didalamnya terselit sentuha tarbiah dalam menegur diri saya yang alpa ini.Wallahua'lam.Semoga perkongsian saya ini dapat dijadikan iktibat buat anda semua

Dakwah Berkesan (Assignment 9)

Assalamualaikum wbt...



Melaksanakan dakwah adalah satu tuntutan agama. Malah ia juga merupakan tugas yang mulia di sisi Allah SWT.Namun,tidak semua orang berani tampil kehadapan untuk berdakwah kerana bagi mereka terdapat pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi ketika berdakwah.Malah ia juga merupakan satu tugasan yang amat mencabar untuk dilaksanakan.Firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 42 yang bermaksud:

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka".

Dakwah dari segi bahasa bererti menyeru atau mengajak kepada sesuatu. Manakala menurut istilah, dakwah bermakna menggalakkan masyarakat berbuat kebaikan dan mengikut petunjuk, menyeru mereka membuat kebajikan dan melarang mereka daripada kemungkaran.

Kepentingan usaha dakwah sebagai nadi memperkasakan iman dan takwa di kalangan orang Islam sendiri dan sebagai petunjuk yang membawa orang bukan Islam berminat terhadap Islam.
Rasulullah melakukan dakwah berterusan secara ikhlas, bijaksana dan bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjinakkan masyarakat Arab jahiliah di Makkah untuk menghayati Islam. Sedangkan sebelum itu masyarakat Arab jahiliah begitu berpegang kuat kepada kepercayaan datuk moyang dan sanggup berbunuh-bunuhan demi mempertahankan kepercayaan itu.

Kejayaan dakwah Rasulullah bergantung kepada tiga kaedah yang dilakukan iaitu secara lisan (bil lisan), tulisan (bil kitabah) dan contoh amal baik (bil hal). Rasulullah menggunakan kaedah itu mengikut kesesuaian sama ada dengan mana-mana satu cara atau gabungan ketiga-tiganya.

Kaedah lisan dilakukan apabila Rasulullah menyampaikan dakwah secara berdepan dengan sasaran yang dituju. Kaedah lisan berkesan kerana ia adalah cara berkomunikasi paling meluas dan mudah dilakukan. Selain mulut, manusia juga menggunakan bahasa isyarat dan bahasa badan (gaya dan tindakbalas badan) untuk berkomunikasi, tetapi agak terbatas.

Seruan dakwah perlu dilakukan secara komunikasi berkesan, yakni meliputi segenap aspek yang boleh menarik orang apa yang disampaikan itu. Untuk melahirkan komunikasi berkesan memerlukan kebijaksanaan pendakwah bagaimana  menguasai keadaan. 


Dengan itu amatlah perlu setiap pendakwah mempelajari selok belok teknik atau metode (uslub) berdakwah. Cara berdakwah ada seninya. Jika berlaku kesilapan pendekatan dalam  berdakwah ia akan  menyebabkan golongan sasaran semakin menjauhkan diri.

Hakikatnya, tugas dakwah perlu dilakukan oleh orang yang mempunyai kefahaman dalam tugas dakwah. Paling penting orang itu sendiri adalah orang yang terpimpin peribadi dan ilmunya. Inilah yang dikatakan dakwah bil hal (dengan amal soleh) seperti yang dilakukan oleh Rasulullah.

Rasulullah menunjukkan contoh tauladan terbaik dalam kehidupan seharian. Rasulullah digelarkan al-amin yang bermaksud mempunyai peribadi mulia, amanah dan disukai semua orang.

Konsep komunikasi berkesan amat penting diamalkan ketika berdakwah. Komunikasi berkesan bermaksud, seseorang yang memperkatakan sesuatu yang benar; pada masa yang tepat dan dengan cara yang sesuai untuk didengari dan difahami bagi menghasilkan tindakbalas yang dihajati.
Firman Allah bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad). Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang yang mengikutiku, menyeru manusia kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang nyata. (Surah Yusof, ayat 108).



Pendakwah perlu mendalami tugas-tugas berdakwah. Memperkatakan sesuatu yang benar adalah kejayaan dakwah. Dakwah mengajak ke jalan kebenaran, sudah tentu bertentangan jika dilakukan dengan perkara-perkara tidak benar. Menyatakan perkataan benar merupakan satu perintah yang perlu dipatuhi setiap Muslim.

Firman Allah bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan benar. (Surah al-Ahzab, ayat 70).

Berkata perkataan benar dan tepat memerlukan kepakaran. Seorang pendakwah perlu bijak dan mahir dalam apa yang diperkatakan. Bagaimanapun, seseorang tidak dihalang daripada menyampaikan apa-apa diketahui biarpun sedikit.

Sabda Rasulullah bermaksud: Sampaikanlah daripadaku walaupun hanya satu ayat. (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmizi).

Hadis itu memerintahkan agar setiap Muslim menyebarkan dakwah biarpun hanya ringkas. Pengetahuan yang sedikit jika ditambah sedikit-sedikit akan banyak juga akhirnya. Mana tahu,pengetahuan yang sedikit itulah apabila disampaikan kepada orang lain akan memberi manfaat kepada mereka.

Bentuk komunikasi berkesan juga mengambil kira keberkesanan penerimaan. Pendakwah perlu menilai tahap penerimaan orang didakwah. Setiap orang mempunyai tahap penerimaan dan kefahaman berbeza-beza.

Sebab itu pendakwah perlu mengetahui sasaran dakwah tersebut. Berbicaralah mengikut tahap apa yang mampu diterima oleh orang ditujukan dakwah itu. Fikirkan apakah yang sepatutnya disampaikan, bukannya apa yang ingin disampaikan.

Sabda Rasulullah bermaksud: Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing. (Hadis riwayat Muslim).

Seorang pendakwah adalah contoh kepada orang didakwah. Justeru, apa yang disebarkan oleh pendakwah perlulah menepati apa yang diamalkan. Pendakwah yang gagal menunjukkan contoh tauladan tidak akan menghasilkan tindakbalas yang dihajati. Hal ini tidak menepati konsep komunikasi berkesan.

Allah amat murka kepada mereka melakukan sesuatu tidak sama seperti dikatakan. Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (Surah ash-Shaff, ayat 2-3).

Dakwah Rasulullah mendapat perhatian dan ikutan para sahabat kerana apa diperkatakan Baginda terlebih dahulu dilakukannya. Apa yang dilakukan Rasulullah tidak sedikitpun bertentangan dengan apa yang diucapkan. Setiap apa diucapkan dan dilakukan Rasulullah merupakan contoh tauladan yang baik.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 bermaksud: Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari kiamat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu.
Pendakwah juga perlu bijak dalam mengendalikan bantahan ketika berdakwah. Pendakwah tidak boleh terlalu mendesak. Orang yang didakwah mungkin memerlukan masa yang lama sebelum dapat menerima hakikat apa yang didakwahkan kepadanya.

Setiap sesi perbincangan perlu dalam situasi kondusif, harmonis, positif dan saling menghormati. Ketika perbincangan mesti berpegang kepada adab al-ikhtilaf (etika perselisihan pendapat) agar yang kusut tidak bertambah kusut.

Bantah membantah bukan cara terbaik ketika berdakwah. Cara itu akan menimbulkan suasana tegang dan mungkin berterusan dengan keadaan tidak diingini. Keadaan itu hendaklah dihentikan segera dan carilah pendektan lain.

Firman Allah bermaksud: Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik, kecuali dengan orang zalim dalam kalangan mereka.(Surah al-Ankabut, ayat 46).

Manakala itu hadis diriwayatkan Tabrani bermaksud: Tinggalkan perbantahan kerana perbantahan tidak akan mendatangkan hikmah dan tidak akan mengamankan daripada fitnah.

Menggunakan perkataan yang baik, berbudi bahasa dan menghormati pihak yang didakwah adalah satu pendekatan yang baik. Pendakwah perlu sentisa berlapang dada dan tidak berdendam. biarpun golongan yang didakwah itu agak biadab dan keras.

Firman Allah dalam surah Fushshilat ayat 33 memberi panduan bagi mereka ingin melakukan kerja-kerja dakwah yang bermaksud: Dan siapakah yang lebih baik perkatannya daripada orang yang menyeru kepada Allah serta berbaik-baik dan mengaku aku seorang Muslim.

Percakapan dengan nada keras dan menekan agar orang didakwah menerima secara bulat-bulat apa diperkatakan adalah antara faktor kegagalan dakwah. Pendakwah perlu berhemah dan tidak gelojoh menjalankan kerja-kerja dakwah.

Tugas dakwah secara mutlaknya terletak di atas bahu setiap Muslim. Tugas ini bukan sekadar menjadi tugas guru agama, ustaz, imam dan pendakwah sepenuh masa. Islam mementingkan amalan menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.Jadi.marilah kita bersama-sama melaksanakan tugas yang murni ini walaupun di sana terdapat mehnah dan tribulasi yang perlu dihadapi.Tetapi yakinlah bahawa Allah SWT akan memudahkan urusan hamba-hambanya yang ingin melakukan kebakaikan.

Firman Allah bermaksud: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, dan beriman kepada Allah.(Surah Ali Imran, ayat 110).

Islamic Film Is About Making of Ummah! (Assignment 8)

Assalamualaikum wbt...
 
 
 
 7 Petala Cinta mendapat perhatian ribuan penonton...
 
Saban tahun,kita dapat lihat banyak filem melayu pelbagai  genre yang telah dihasilkan oleh penggiat seni tanah air. Saya merasa kagum kerana  filem yang telah mereka hasilkan telah memberikan banyak pengajaran kepada penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.Malah, filem yang mereka  cuba ketengahkan juga adalah sejajar dengan isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.
 
Tambahan pula, saya juga merupakan  antara penonton yang meminati filem melayu. Justeru, ia menarik hati saya agar bukan sahaja menonton filem tersebut, tetapi pada masa yang sama cuba membuat penilaian tentang penghasilan sesuatu filem itu.Hal ini kerana,maaf jika saya katakan bahawa terdapat sesetengah filem yang dihasilkan bercanggah dengan syariat Islam.Jadi, ia menjadi tanggungjawab ibubapa dalam mendidik dan  mengawal anak-anak ketika menonton sesuatu filem itu.Kita bimbang jika unsur-unsur yang tidak sepatutnya diserapkan didalam pemikiran mereka tanpa disedari.
 
Salam Cinta...
Selain itu, saya juga berpendapat bahawa terdapat percampuran halal dan haram dalam sesuatu filem itu.Contohnya ialah berpegangan tangan antara lelaki dan wanita bukan mahram.Jadi,saya mencadangkan agar watak suami isteri itu dilakonkan oleh pasangan pelakon yang sudah berkahwin.Ataupun, jika watak itu dilakonkan oleh pelakon yang bukan suami isteri,elakkanlah babak berpegangan tangan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.
 
Alangkah indah dan cantiknya Islam kerana memelihara pergaulan antara  lelaki dan perempuan daripada perkara yang melanggari hukum syarak.Ia menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim dalam menerapkan unsur islamik dalam filem melayu.Pembikinan filem Islamic merupakan salah satu inisiatif dalam membina sebuah ummah hebat disamping menerapkan elemen dakwah untuk mendidik masyarakat di luar sana.
 
Filem KCB yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat...
 
Antara filem Melayu yang mempunyai elemen dakwah ialah filem 'Ketika Cinta Bertasbih' yang dihasilkan oleh Saudara Chaerul Umam, pengarah filem dari Indonesia beberapa tahun yang lalu.Filem ini dilakonkan oleh barisan pelakon hebat yang terdiri daripada Oki Setiana Dewi,Kholidi Asadil Alam,Alice Norin, Andi Arsyil Rahman, Deddy Mizwar, Niniek L. Karim, Dude Herlino, Asmirandah, Aspar Paturusi, Neno Warisman, Nungki Kusumastuti, dan Meidiana Hutomo.Filem yang diadaptasi daripada novel 'Ketika Cinta Bertasbih ini telah ditonton oleh hampir 1.5 juta orang.

Kesimpulannya, ambillah pengajaran dari setiap filem yang kita tonton.Buatlah penilaian ketika sedang menonton sesuatu filem itu.Amatlah rugi jika kita menonton filem tanpa mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.Akhir kalam,pembikinan sesuatu filem itu  dihasilkan adalah bukan semata-mata  untuk memuaskan hati penonton, tetapi ia merupakan satu misi utama dalam mendidik masyarakat serta melahirkan ummah yang cemerlang,gemilang dan terbilang  kelak, insya Allah.
 

Sentuhan Dakwah Melalui Drama (Assignment 7)

Assalamualaikum wbt...

 
Warkah Cinta...
    Sejak belakangan ini, terdapat banyak drama yang dihasilkan oleh penggiat seni di negara
 kita. Namun, kadangkala drama yang kita tonton di kaca televisyen  ada kekurangan dari segi aspek unsur dakwah yang diserapkan di dalamnya. Justeru, ia menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam yang cakna akan kepentingan ini perlulah kehadapan dalam menghasilkan drama berunsurkan dakwah.

           Ia amatlah penting kerana bukan sahaja untuk menyampaikan mesej dakwah, tetapi pada masa yang sama kita juga memainkan peranan untuk mendidik masyarakat melalui medium ini.
    Jika sebelum ini saya pernah membicarakan medium dakwah melalui vlog,flashmob,video parodi dan juga facebook, jadi pada kali ini saya akan membicarakan unsur dakwah yang diterapkan di dalam lakonan drama televisyen.

      Terdapat banyak drama yang telah dihasilkan oleh penggiat seni tanah air.Antara drama yang saya sempat tonton ialah drama berjudul 'Warkah Cinta'.Saya pasti ramai yang telah menonton drama yang telah diadaptasi daripada sebuah novel 'Warkah Cinta Berbaur Syurga' hasil nukilan Ustaz Ubaidullah Alias.
 
 
      Drama ini mengisahkan tentang percintaan  antara Wardah  dan Amir Mukhriz, lakonan mantap Imam Muda Nazrul dan Heliza.Lakonan mereka telah berjaya menarik perhatian ramai penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.Pada pemerhatian saya, drama ini amat sesuai ditonton oleh para remaja yang tidak dapat lari daripada perasaan ingin bercinta. Ia juga sesuai ditonton oleh para ibubapa dalam menangani dan mendidik anak-anak mereka yang terlibat dengan percintaan berlainan gender.
       Sutradara drama ini, Ustaz Ubaidullah Alias telah menerapkan pelbagai mesej dakwah di dalamdrama ini. Antaranya mesej dakwah yang diterapkan di dalam drama ini ialah ketika Wardah ditemani oleh ibunya yang  ingin berjumpa dengan Amir Mukhriz sebelum dia berangkat ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran. Mesej dakwah yang ingin disampaikan disini ialah dilarang untuk berdua-duaan lelaki bukan muhrim kerana ia akan menimbulkan fitnah kepada mereka.Justeru, ibubapa perlulah memainkan peranan penting dalam mengawal anak-anak mereka daripada terjebak dalam perkara yang melanggar syariat Islam.
    Secara tuntasnya, drama elemen dakwah amatlah perlu diterapkan di dalam setiap drama yang ingin dihasilkan demi kepentingan dalam menyampaikan mesej dakwah dan mendidik masyarakt di luar sana.Walahua'lam.

Dakwah Rasulullah SAW (Assignment 6)

Assalamualaikum wbt...
 
 
 
Dakwah itu indah...

Apabila kita berbicara mengenai dakwah pasti pelbagai gambaran bermain di fikiran kita.Mungkin bagi mereka yang sering mendengar perkataan dakwah ini, apa yang terpancar di fikiran mereka ialah seorang Ustaz sedang mengajak anak-anak muda yang melepak di tepi jalan untuk menunaikan solat di masjid.Ataupun mungkin juga mereka menggambarkan seorang ustazah yang sedang menasihati remaja wanita di luar sana agar memakai tudung serta berpakaian mengikut syariat yang digariskan oleh Islam.
 
Namun, apa pula yang digambarkan oleh golongan yang tidak pernah mendengar perkataan 'dakwah' ini ya?Jadi, dakwah ini bermaksud mengajak, atau seru.Atau dalam maksud yang lain pula membawa erti  mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Terdapat banyak ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang kepentingan dakwah.Antaranya ialah Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar"Ali-Imran:104
 
   Terdapat banyak kisah para  anbiya' yang boleh kita jadikan tauladan sebagai panduan dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. Antara kisah yang menarik hati saya  ialah kisah Rasulullah SAW  berdakwah kepada seorang pengemis yahudi yang buta matanya .Seperti kita sedia maklum bahawa Nabi SAW terkenal dengan sifat pemurahnya.Jadi, sudah menjadi kebiasaan kepada Rasullah SAW menyuapkan sepotong roti  ke mulut seorang lelaki tua berbangsa Yahudi pada setiap petang dipinggir kota Madinah. Tetapi alangkah sedihnya apabila Rasulullah dibalas dengan maki hamun oleh pengemis tua itu.
Jadi, setelah kewafatan Rasulullah SAW,Saidina  Abu Bakar datang berjumpa Saidina Aisyah dan bertanya"Apakah sunnah Rasululah yang belum aku lakukan?"Lalu Saidina Aisyah menjawab"Wahai bapaku sesungguhnya semua sunnah telah kau amalkan,tetapi ada satu perkara yang aku tidak boleh memberitahumu.Saidina Abu bakar berkata"Apa dia wahai Aisyah?""Rasulullah pada setiap petang akan membawa roti dan susu untuk disuapkan ke mulut pengemis Yahudi tua di pinggir kota."
 
Tanpa membuang masa, Saidina Abu Bakar pergi ke kota dengan membawa roti dan susu.Apabila tiba disana, alangkah terkejutnya Saidina Abu Bakar mendengar pengemis buta itu mengeluarkan kata-kata kesat "Celaka Muhammad,celaka Muhammad!"Maka,Saidina Abu Bakar mendekati pengemis itu lalu disuapkan roti ke dalam mulutnya.Apabila disuapkan roti itu, pengemis itu berkata"Kau bukan lelaki yang selalu menyuapkan makanan ke mulutku pada setiap petang.Lelaki yang menyuapkan makanan ke mulutku adalah dengan penuh kasih sayang!"Jawab Saidina Abu Bakar "Tahukah pak cik lelaki yang menyuapkan makanan ke mulut pak cik dengan penuh kasih sayang telah meninggal dunia!Dan lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW!Dialah yang pak cik maki setiap pagi dan petang dengan perkataan celaka Muhammad,celaka Muhammad!Maka pengemis tua itu menangis teresak-esak dan mengucapkan kalimah syahadah.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama mencontohi sunnah dan tauladan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.Seperti Sabda Baginda yang berbunyi "Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat.Renung-renungkanlah dan selamat beramal!
 
 Dakwah itu cinta!
 
 
 
 
 
 

Facebook Sebagai Medan Dakwah (Assignment 5)

Assalamualaikum wbt...
 
 
 
 
 
Selaras dengan arus pembangunan negara dan kepesatan teknologi maklumat, masyarakat Malaysia pada zaman kini kebanyakkannya menggunakan laman sosial 'facebook' untuk berhubung dengan keluarga dan sahabat-sahabat mereka yang tinggal di dalam mahupun  luar negara. Malah, laman sosial rekaan Mark Zuckerberg ini juga menjadi salah satu medium pilihan para pendakwah diluar sana dalam menyampaikan mesej dakwah.
 
Tidak dinafikan bahawa menyampaikan mesej dakwah melalui laman sesawang ini merupakan amalan terpuji yang wajar dicontohi.Justeru, ramai facebookers yang berkongsi potongan ayat quran dan juga hadis di facebook.Namun begitu, harus diingatkan semua facebookers termasuk diri saya yang lemah ini juga agar mendapatkan maklumat yang ingin dikongsikan daripada sumber yang betul dan boleh dipercayai.

Hal ini kerana, apabila kita menulis sesuatu yang dirujuk daripada sumber yang tidak benar, maka ia akan mengelirukan masyarakat dan rakan-rakan facebook yang membaca artikle  yang kita tulis itu.Jadi, berhati-hatilah ketika kita ingin menulis tentang sesuatu perkara di facebook.